KONGRES PKR: REFORMASI, EKONOMI JADI AGENDA UTAMA

Kongres Nasional PKR 2026 yang berlangsung minggu ini bakal menjadi medan penting untuk parti memperkukuh agenda reformasi, pembangunan ekonomi dan pengukuhan organisasi.

Di samping membincangkan hala tuju politik parti dalam mendepani cabaran semasa.

3. Naib Presiden PKR, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, setiap keputusan yang dibuat pada kongres berkenaan turut mengambil kira kepentingan kestabilan kerajaan serta masa depan parti.

Menurutnya, antara perkara utama yang akan diketengahkan ialah usaha mengangkat agenda reformasi, memperkukuh pembangunan ekonomi dan memastikan struktur serta kekuatan parti terus diperkasakan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Human Ecology International Conference II 2026 di Bangi.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan keputusan parti memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah Anwar daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden PKR tidak akan menjejaskan kelancaran kongres.

Malah katanya lagi, meskipun keputusan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada parti.

PKR mempunyai barisan kepimpinan yang mampu meneruskan tugas berkenaan.

Ia termasuk Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang diberikan amanah menjalankan tugas TimbalanPresiden.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, keputusan Nurul Izzah itu bukan sesuatuyang mengejutkan kerana spekulasi mengenainya sudah lama diperkatakan dalam kalangan pemainpolitik.

Tambahan lagi, katanya lagi, keputusan tersebut perlu dihormati, terutamanya apabila terdapat beberapa kekangan peribadi yang perlu ditangani oleh Nurul Izzah.

Untuk rekod, Kongres Nasional PKR 2026 akan berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, bermula Khamis ini.

Di mana Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikannya pada Sabtu.

Secara keseluruhannya, kongres kali ini dilihat menjadi pentas penting untuk PKR.

Khususnya bagi memperkemas kekuatan dalaman, memperjelas hala tuju reformasi dan memastikan agenda ekonomi kerajaan terus diterjemahkan kepada manfaat kepada rakyat.

Dengan perubahan dalam barisan kepimpinan serta cabaran politik semasa, perhatian kini terarah kepada sejauh mana PKR mampu menggunakan kongres itu.

Demi memperkukuh perpaduan parti dan memastikan kestabilan kerajaan terus menjadi keutamaan. 

Kongres itu juga dijangka menjadi ruang untuk kepimpinan PKR menilai kekuatan parti selepas beberapa perkembangan politik yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Perbincangan mengenai pengukuhan jentera parti dijangka turut mendapat perhatian bagi memastikan PKR kekal bersedia menghadapi sebarang cabaran politik dan pilihan raya.

Pada masa sama, agenda reformasi dijangka terus menjadi antara fokus utama bagi memastikan komitmen kerajaan terhadap perubahan institusi dan tadbir urus dapat diteruskan.

Aspek pembangunan ekonomi pula akan diberi penekanan dengan mengambil kira keperluanmemperkukuh pertumbuhan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan dengan itu, kongres berkenaan turut dilihat sebagai peluang kepada kepimpinan parti menyatukan kekuatan akar umbi serta memperkemas strategi menghadapi landskap politik yang semakin dinamik.

Justeru, perhatian kini pastinya terarah kepada ucapan dasar Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka memberikan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju parti dan kerajaan untuk tempoh mendatang.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=MGXY510mHjY&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *