Kerajaan Selangor akan melaksanakan audit keselamatan longkang berisiko susulan dua kes kanak-kanak lemas di sekitar kawasan perumahan negeri ini baru-baru ini, yang mencetuskan kebimbangan awam.
Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, semakan itu melibatkan penilaian semula keadaan termasuk keadaan fizikal longkang serta faktor persekitaran di lokasi insiden.
Beliau berkata, siasatan turut mengambil kira keadaan sebenar insiden sama ada mangsa berada dalam situasi bermain atau terjatuh secara tidak sengaja.
“Kita akan siasat balik, isunya longkang itu dan juga keadaannya.
“Tapi bukan itu saja sebab kejadian pertama melibatkan anak itu bermain di tempat tersebut atau ada ramai terlibat.
“Kebetulan anak itu mendapat nasib malang pada waktu yang sama.
“Jadi, keadaan keselamatan longkang, ya.
“Kejadian kedua, saya tengah tengok detailnya.
“Adakah dia bermain di situ ataupun dia terjatuh ketika mengambil bola dan sebagainya?
“Itu perlu pertingkatkan masalah keselamatan di kawasan-kawasan berisiko,” katanya dipetik Harapan Madani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam pada Isnin.
Amirudin bagaimanapun menegaskan aspek keselamatan tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.
Namun sebaliknya, tetap memerlukan kerjasama ibu bapa dan masyarakat.
Ketika ditanya sama ada terdapat garis masa semua longkang berisiko dilengkapkan ciri keselamatan, Ahli Parlimen Gombak itu memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan mengenainya.
Ujarnya lagi, ini kerana sebahagiannya longkang berkenaan itu di bawah kuasa PBT.
“Tetapi kalau sungai dan sebagainya, itu memang terlalu panjang kalau kita ingin uruskan.
“Jadi, kita kena ada ‘buffer’ dan ada kawasan-kawasan tertentu untuk elakkan daripada isu ini berulang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, mayat kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dilaporkan hilang dibawa arus selepas dipercayai terjatuh ke longkang di Bandar Mahkota Cheras sudah ditemukan di Sungai Langat pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.
Mangsa ditemui jam 12.17 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), kira-kira 11 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Syabas dan tahniah, kerajaan Madani! Terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan para Jemaah Menteri yang bertungkus-lumus menjalankan tugasan dan bekerja dengan penuh tanggungjawab demi rakyat dan negara tercinta.
JOMChannel turut bersetuju dengan cadangan kerajaan Selangor menjalankan semakan dan penilaian semula keadaan fizikal longkang serta faktor persekitaran demi keselamatan semua rakyat; tidak kira siapapun In Shaa Allah.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=mCW6K8ulVvk
