Pelaksanaan Program BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel) terus menunjukkan impak positif apabila lebih 30,000 permohonan bagi peningkatan kuota bulanan daripada 200 liter kepada 300 liter telah diluluskan setakat 1 Julai.
Ia sekali gus membantu golongan yang memerlukan penggunaan diesel lebih tinggi.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penambahan kuota itu diperkenalkan susulan maklum balas daripada peniaga kecil, penjaja dan pengguna.
Terutamanya di kawasan pedalaman yang bergantung kepada kenderaan diesel untuk menjalankan aktiviti harian serta perniagaan.
Beliau berkata, pelaksanaan BUDI Diesel yang diperluaskan ke seluruh negara hari ini berjalan lancar.
Dengan hampir 80,000 pengguna telah memanfaatkan kemudahan tersebut sejak akses awal dibuka pada 27 Jun lalu.
Manakala lebih 700,000 pengguna dijangka layak menyertai program berkenaan di seluruh negara.
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan mekanisme pemindahan kelayakan subsidi kepada ahli keluarga terdekat bagi kes tertentu seperti kenderaan didaftarkan atas nama anak tetapi digunakan oleh ibu bapa.
Sehingga Rabu, lebih 1,000 permohonan pertukaran kuota kepada ahli keluarga telah diterima.
Dalam usaha memudahkan lagi pelaksanaan program, kerajaan turut mengecualikan fi pertukaran hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan bermula 1 Julai.
Selain membuka kaunter khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada hujung minggu sepanjang Julai bagi mempercepatkan urusan berkaitan.
Amir Hamzah turut berkata, penjimatan hasil penyasaran subsidi diesel membolehkan kerajaan menurunkan harga diesel BUDI kepada RM2.10 seliter berbanding RM2.15 sebelum ini.
Di mana ia sekali gus demi memastikan manfaat penjimatan dipulangkan semula kepada rakyat.
Tinjauan di sebuah stesen minyak di Putrajaya mendapati rata-rata pengguna menyambut baik pelaksanaan BUDI Diesel dengan menyifatkan proses permohonan mudah, pantas dan mesra pengguna.
Mereka turut mengakui program itu membantu mengurangkan kos bahan api bulanan.
Khususnya bagi golongan bekerja sendiri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mereka yang menggunakan kenderaan diesel secara kerap.
Kerajaan juga menegaskan pelaksanaan BUDI Diesel akan terus diperkemas dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan penyampaian subsidi lebih bersasar, mengurangkan ketirisan dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar layak.
Amir Hamzah berkata, kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel bagi memastikan tiada pengguna yang layak tercicir daripada menerima manfaat subsidi bersasar itu.
Beliau turut menggalakkan pemilik kenderaan diesel yang memenuhi syarat supaya membuat semakan dan permohonan melalui portal rasmi BUDI Madani bagi menikmati kemudahan yang disediakan.
Malah katanya lagi, pendekatan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap penjimatan hasil penyasaran subsidi dikembalikan kepada rakyat secara lebih adil dan berkesan.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=f0ayJLvUnls&ra=m
