PROKLAMASI TUANKU MUHRIZ: AGC TAMPIL BERI PENJELASAN

Kemelut berkaitan Proklamasi 19 April 2026 mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, TuankuMuhriz Tuanku Munawir memasuki perkembangan baharu.

Ia sejurus selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan proklamasi berkenaan tidak sah.

AGC dalam kenyataan pada 17 September memaklumkan,proklamasi itu tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

Menurut AGC, tiada keterangan menunjukkan mana-mana faktor hilang kelayakan yang diperuntukkan di bawah Perkara10(1) UUTKNS terpakai kepada Tuanku Muhriz.

AGC turut menegaskan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.

“Kesahan serta kesan proklamasi tersebut hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah.

Di mana ia selaras dengan undang-undang terutama UUTKNS 1959,” menurut AGC.

Susulan pendirian itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan pada 17 September menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan untuk mewartakan atau melaksanakan Proklamasi 19 April tersebut.

Pejabat SUK berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri serta mengambil kira pendirian AGC bahawa proklamasi berkenaan tidak sah.

Tindakan mewartakan atau melaksanakan proklamasi tersebut dalam keadaan berkenaan juga dinyatakan sebagai tidaksah dan tidak berperlembagaan.

Perkembangan itu berlaku selepas beberapa pendirian berbeza muncul dalam tempoh beberapa hari berhubung status proklamasi berkenaan.

Pada 14 September, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagaiYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan mendakwa proklamasi 19 April tidak sah.

DKU antara lain mempersoalkan kedudukan tiga daripada empat individu yang menandatangani proklamasi.

Di samping mendakwa tiada siasatan penuh dan lengkap seperti diperuntukkan Perkara 10(1) UUTKNS dilaksanakan.

Pada 16 September pula, MMKN mengumumkan proklamasi berkenaan telah lengkap dan berkuat kuasa selepas ditandatangani Menteri Besar, Dato’ Ismail Lasim pada 3 Ogos.

Namun, perkembangan pada 17 September menyaksikan AGC menyatakan MMKN tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti atau kuasa di bawah UUTKNS 1959 untuk membuat pengumuman berkaitan proklamasi tersebut.

AGC turut memaklumkan bahawa isu berkenaan sedang melalui prosiding di Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban dan terdapat perintah mahkamah berbentuk injunksi interlocutori yang masih berkuat kuasa. 

Sehubungan dengan itu, semua pihak diseru menghormati proses mahkamah.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’Seri Utama Aminuddin Harun sebelum ini turut menyatakan beliau tidak mengiktiraf pengumuman 16 September dan menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar.

Aminuddin mendakwa, dokumen proklamasi berkenaan pernah dikemukakan kepadanya untuk ditandatangani ketika beliau masih Menteri Besar pada 20 April.

Namun beliau enggan berbuat demikian atas alasan berkaitan proses dan kedudukan individu yang terlibat.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang pengganti boleh dipilih pada 19 April sekiranya proklamasi berkenaanhanya dikatakan disempurnakan melalui tandatangan Menteri Besar pada 3 Ogos.

 Dalam perkembangan terbaharu, Tuanku Muhriz dilaporkantiba di Malaysia pada 

17 September dan menzahirkan penghargaan terhadap sokongan lebih 200 ahli badan bukankerajaan (NGO) adat Negeri Sembilan yang hadir menyambut ketibaan baginda di KLIA.

Kemelut itu kini tertumpu kepada persoalan kesahan Proklamasi 19 April, pematuhan terhadap UUTKNS 1959 serta bidang kuasa pihak-pihak yang terlibat.

Di mana AGC telah menyatakan proklamasi itu tidak sahdan Pejabat SUK juga memutuskan untuk tidak mewartakan atau melaksanakannya.

Perkembangan seterusnya dijangka bergantung kepada proses perlembagaan dan undang-undang yang sedang berjalan.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=2rrcHhCJp5w&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *