Kerajaan MADANI terus memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan kestabilan negara menerusi pelbagai inisiatif bantuan rakyat serta pengurusan ekonomi yang berhemah dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Sebanyak RM15 bilion diperuntukkan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan SARA Untuk Semua. 

Ia bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kewangan(MOF) memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung bagi tempoh 18 hingga 24 Jun diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM4.37 seliter berbanding RM4.67 seliter minggu sebelumnya. 

Harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi pula kekal masing-masing pada RM4.35 dan RM3.72 seliter.

Menurut kementerian itu, penurunan harga diesel didorong oleh penyederhanaan harga minyak mentah dunia susulan perkembangan positif konflik di Asia Barat. 

Bagaimanapun, kerajaan menjangkakan beban subsidi bahan api masih tinggi, mencecah sekitar RM3.5 bilion sebulan, termasuk subsidi RON95 sebanyak RM2 bilion dan diesel RM1.5 bilion.

Kerajaan turut mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter menerusi program BUDI95 yang memanfaatkan lebih 14 juta penerima.

Ia sekali gus memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara di samping mengurus kedudukan fiskal negara secara berhemat.

Pada masa sama, penganalisis melihat kestabilan politik yang diwujudkan menerusi Kerajaan Perpaduan menjadi faktor penting kepada pelaksanaan dasar ekonomi dan bantuan rakyat secara konsisten. 

Selepas beberapa tahun berdepan pertukaran kerajaan dan ketidaktentuan politik, pentadbiran semasa dilihat berjaya mengembalikan keyakinan terhadap institusi negara.

Pendekatan politik yang menekankan kerjasama rentas parti serta reformasi institusi turut memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan.

Terutamanya kepada agenda pembangunan, pelaburan, penciptaan pekerjaan dan pengukuhan ekonomi, berbanding persaingan politik yang berpanjangan.

Oleh itu, gabungan kestabilan politik, pengurusan fiskal yang berhati-hati dan pelaksanaan bantuan bersasar disifatkan sebagai antara faktor utama yang membolehkan Malaysia terus berdepan cabaran ekonomi global.

Di samping memastikan kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan. 

Kerajaan turut menggesa rakyat menggunakan bahan api secara berhemah dengan merancang perjalanan secara lebih cekap bagi membantu mengurangkan penggunaan dan tekanan terhadap subsidi negara. 

Justeru, pendekatan itu dilihat selaras dengan usaha memastikan bekalan bahan api kekal mencukupi untuk keperluan rakyat dan sektor ekonomi. 

Pada masa sama, kesinambungan dasar serta kestabilan pentadbiran dijangka terus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia. 

Keadaan ini sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. 

Sehubungan dengan itu, kerajaan turut menegaskan komitmen untuk terus mengimbangi kebajikan rakyat, kemampanan fiskal dan pembangunan ekonomi demi kesejahteraan negara.

Pautan Video: https://youtu.be/pUxsieI2PIs?si=ZW1dkZueH5Ir-b_W

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *