PETRONAS TEROKA BLOK GAS GERGASI TURKMENISTAN

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mencatat satu lagi pencapaian strategik apabila diberi kepercayaan untuk meneroka dua blok gas baharu di Turkmenistan.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri tenaga global.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia.

Di samping mencerminkan keyakinan tinggi kerajaan Turkmenistan terhadap keupayaan Malaysia.

Serta rekod cemerlang PETRONAS yang telah beroperasi di negara Asia Tengah itu selama hampir tiga dekad.

Kejayaan tersebut dimeterai sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkmenistan selama dua hari.

Di mana ia turut menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian strategik antara PETRONAS dan syarikat tenaga milik kerajaan Turkmenistan bagi memperluaskan aktiviti huluan minyak dan gas di Laut Kaspia.

Di bawah Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA), anak syarikat milik penuh PETRONAS, Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn. Bhd. akan memegang 100 peratus kepentingan penyertaan bagi Blok 19 dan 20.

Ia sekali gus menandakan kemasukan syarikat itu ke kawasan cari gali baharu yang berpotensi tinggi.

Selain sektor tenaga, lawatan rasmi itu turut menghasilkan beberapa dokumen kerjasama melibatkan bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains serta pembangunan modal insan.

Maka, ia secara langsung memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkmenistan.

Dalam pada itu, PMX turut berkata, pencapaian tersebut adalah hasil hubungan diplomatik yang kukuh.

Dasar luar Malaysia yang bersifat terbuka serta reputasi negara sebagai rakan strategik yang stabil, dipercayai dan mampu memberikan manfaat bersama kepada negara-negara rakan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa kejayaan PETRONAS membuktikan syarikat Malaysia terus berupaya bersaing di pentas antarabangsa.

Selain memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan tenaga dan pembangunan ekonomi global.

Untuk rekod, pencapaian itu turut mengukuhkan lagi kedudukan PETRONAS sebagai antara syarikat tenaga nasional yang disegani di peringkat antarabangsa. 

Kejayaan memperoleh hak penyertaan penuh dalam dua blok gas berkenaan dijangka membuka peluang penerokaan baharu yang mampu meningkatkan pengeluaran tenaga pada masa hadapan.

Langkah itu juga dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pulangan pelaburan, hasil eksport serta pengukuhan sektor minyak dan gasMalaysia. 

Dalam masa sama, kerjasama strategik tersebut juga bakal memperluaskan pemindahan teknologi, kepakaran serta pembangunan modal insan antara kedua-dua negara. 

Hubungan erat yang terjalin turut dijangka merancakkan lagi kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri berkaitan tenaga. 

Sehubungan dengan itu, penganalisis melihat kejayaan itu sebagai bukti keupayaan diplomasi ekonomi Malaysia dalam membuka ruang kepada syarikat tempatan menembusi pasaran strategik dunia. 

Ia juga memperlihatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi serta dasar luar Malaysia yang mengutamakan kerjasama saling menguntungkan. 

Kejayaan ini dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pelaburan dan kerjasama strategik yang mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain penting dalam industri tenaga global.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=eayokHGL4r0&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *