PRN N. SEMBILAN UJIAN ARAH POLITIK PRU16

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kini dilihat sebagai pentas penting yang bakal mencorakkan landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan pelbagaiperkembangan melibatkan parti-parti utama.

Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Mahiaddin Yasin memberi bayangan bahawa partinya sedang meneliti pembentukan satu gabungan politik baharu.

Antaranya bersama beberapa parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) sebagai persediaan menghadapi PRU16. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan Bersatu kekal sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) dan menafikan sebarang hasrat untuk meninggalkan gabungan itu.

Mahiaddin berkata, perbincangan bersama beberapa pemimpin parti sedang berlangsung bagi merangka strategi politik yang lebih berkesan.

Namun, bentuk kerjasama tersebut masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan. 

Pada masa sama, beliau menegaskan Bersatu terus menampilkan imej sebagai parti pelbagai kaumdengan mengetengahkan calon daripada sayap Bersekutu pada PRN Negeri Sembilan.

Sementara itu, penganalisis politik berpendapat PRN Negeri Sembilan bakal menjadi medan ujian utama bagi mengukur keberkesanan strategi gabungan parti-parti politik sebelum berdepan PRU16. 

Negeri yang mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri itu dianggap mencerminkan kepelbagaian corak pengundi Malaysia.

Dan ia sekali gus menjadikan keputusannya signifikan kepada hala tuju politik nasional.

Menurut penganalisis, sekiranya berlaku kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PN, ia berpotensi mengurangkan pertembungan tiga penjuru yang sebelum ini memberi kelebihan kepada lawan, terutamanya di kawasan majoriti Melayu. 

Namun begitu, kejayaan kerjasama tersebut tetap bergantung kepada sejauh mana penyokong di peringkat akar umbi bersedia menerima gabungan berkenaan.

Dalam masa yang sama, Pakatan Harapan (PH) masih dilihat memiliki kekuatan di kawasan bandar serta dalam kalangan pengundi sederhana. 

Keupayaan kerajaan mempertahankan sokongan pula bergantung kepada prestasi pentadbiran, penyampaian dasar dan penyelesaian isu kos sara hidup yang terus menjadi perhatian rakyat.

Mengulas spekulasi mengenai kemungkinan PRU16 diadakan lebih awal, pakar politik berpandangan tiada keperluan untuk Parlimen dibubarkan sebelum tamat penggal.

Selagi kerajaan masih memiliki majoriti dan pentadbiran berjalan dengan stabil. 

Mereka turut menegaskan pilihan raya awal hanya wajar dipertimbangkan sekiranya kerajaan kehilangan majoriti atau berlaku kebuntuan pentadbiran.

Penganalisis turut berpandangan kerajaan seharusnya memanfaatkan baki tempoh pentadbiran untuk memperkukuh keyakinan rakyat.

Antaranya melalui pelaksanaan dasar, kawalan kos sara hidup, peningkatan peluang pekerjaan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan awam sebelum mendapatkan semula mandat pada PRU16.

Secara keseluruhannya, keputusan PRN Negeri Sembilan dijangka menjadi petunjuk awal terhadap corak kerjasama politik, perubahan sokongan pengundi.

Di samping keberkesanan strategi yang bakal digunakan oleh semua gabungan utama menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Di mana ia sekali gus bakal menentukan sama ada kekuatan parti secara individu atau kerjasama antara gabungan menjadi formula paling berkesan untuk membentuk kerajaan pada PRU16.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=Vahl76xywuk&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *