Pakatan Harapan (PH) menyatakan keyakinan mampu membentuk kerajaan negeri Johor pada PilihanRaya Negeri (PRN) akan datang.
Dengan menyifatkan perubahan pentadbiran hanya boleh dicapai menerusi mandat rakyat.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, PH kini sedang memperkukuh gerak kerja jentera.
Bagi menghadapi pilihan raya dan optimis mampu membawa perubahan kepada pentadbiran negeri Johor.
Menurutnya, sebarang pertukaran kerajaan perlu berlaku melalui proses demokrasi dan keputusan rakyat di peti undi.
Bukannya menerusi amalan lompat parti atau pertukaran sokongan selepas pilihan raya.
Beliau turut mengingatkan semua bakal calon supaya menghormati mandat yang diberikan pengundi serta mengekalkan prinsip integriti dan kesetiaan kepada parti sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.
Dalam masa sama, beliau juga menyeru seluruh jentera PH menerima keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan kepimpinan gabungan dan memberikan sokongan penuh kepada semua calon tanpa mengira parti komponen.
Menurutnya lagi, kerjasama erat antara, PKR dan DAP menjadi faktor penting bagi memastikan jentera bergerak sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya nanti.
Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik merupakan antara asas utama untuk meningkatkan keyakinan pelabur, merangsang pertumbuhan ekonomi.
Selain membolehkan kerajaan menangani cabaran seperti keterjaminan makanan, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi global dengan lebih berkesan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMANAH Johor Zon Selatan di Johor, yang menjadi medan memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang PRN akan datang.
Tambahnya lagi, keyakinan itu disandarkan kepada kesediaan jentera PH di semua peringkat yang kini giat memperkukuh gerak kerja menghadapi pilihan raya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pengalaman politik negara menunjukkan kerajaan yang kukuh hanya dapat dibentuk melalui mandat jelas daripada rakyat.
Malah menurutnya, budaya pertukaran kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya tidak wajar berulang kerana boleh menjejaskan kestabilan politik negara.
Tambahan lagi, beliau turut mengimbau tempoh selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kerjasama politik lebih luas berjaya mewujudkan kestabilan untuk pembangunan negara.
Katanya lagi, kestabilan politik merupakan faktor penting dalam menarik keyakinan pelabur dan memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan secara mampan.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu menyeru seluruh jentera PH mengetepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih oleh kepimpinan gabungan.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap kerusi yang ditandingi perlu dianggap sebagai tanggungjawab bersama tanpa mengira sama ada calon mewakili AMANAH, PKR atau DAP.
Semangat kebersamaan dan disiplin dalam kalangan jentera menjadi antara penentu utama kejayaan PH pada pilihan raya akan datang.
Beliau yakin dengan kesatuan, komitmen dan sokongan rakyat, PH berpeluang mencipta perubahan pentadbiran di Johor melalui proses demokrasi yang sah.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=I8Sz-SNipfw&ra=m
