Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berikrar memastikan FELDA Ulu Tebrau tidak lagi menjadi kawasan yang terpinggir daripada arus pembangunan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, pembangunan di Johor perlu dilaksanakan secara seimbang dengan memberi perhatian kepada kawasan FELDA dan luar bandar, selain kawasan bandar yang selama ini menjadi tumpuan.
Menurutnya, penduduk FELDA Ulu Tebrau berhak menikmati kemudahan dan pembangunan setanding kawasan lain.
Ketika berucap pada Program Dialog Terbuka Belia Johor, Maszlee turut menggariskan beberapa keutamaan termasuk menyelesaikan isu jalan rosak, pergerakan lori berat yang menjejaskan keselamatan.
Selain membela kepentingan tanah generasi kedua FELDA melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Beliau turut menegaskan pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, membuktikan pelbagai masalah rakyat mampu diselesaikan sekiranya wujud iltizam politik yang kukuh dan hubungan baik dengan kerajaan.
Di samping pembangunan fizikal, beliau turut mencadangkan pelaksanaan tuisyen percuma kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan serta kelas bahasa Inggeris secara dalam talian bagi meningkatkan peluang pendidikan dan daya saing generasi muda.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan keyakinan bahawa Maszlee mampu mempercepatkan pembangunan komuniti FELDA sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat DUN Puteri Wangsa.
Malah menurutnya, komitmen Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berkali-kali menekankan pembangunan kawasan FELDA, membuktikan kerajaan Persekutuan serius memastikan komuniti peneroka terus menikmati manfaat pembangunan.
Mohd Puad turut menjelaskan kehadirannya pada program itu adalah sebagai tanda sokongan terbuka kepada Maszlee atas dasar prinsip serta keyakinan terhadap agenda pembangunan yang dibawa kerajaan.
Sambil menegaskan politik perlu berteraskan keberanian, kejujuran dan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PMX dilihat terus memberi perhatian khusus kepada pembangunan kawasan FELDA di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, pendekatan yang menekankan pembangunan inklusif membolehkan komuniti luar bandar menikmati manfaat yang sama seperti kawasan bandar.
Usaha memperbaiki infrastruktur, kemudahan asas dan akses pendidikan di kawasan FELDA membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.
Kerajaan juga konsisten memperkukuh agenda pendidikan melalui pelbagai inisiatif yang memberi peluang lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah.
Hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diyakini mampu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan di FELDA Ulu Tebrau.
Tambahan lagi, komitmen Perdana Menteri yang turun sendiri bertemu masyarakat FELDA menunjukkan kerajaan mendengar secara langsung keluhan dan keperluan penduduk.
Pendekatan dialog terbuka yang dibawa kerajaan turut membuka ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan tanpa halangan.
Agenda pembangunan yang digariskan kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi.
Malah turut menekankan aspek keselamatan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.
Justeru, dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Perpaduan, FELDA Ulu Tebrau diyakini berpotensi muncul sebagai antara komuniti FELDA yang lebih maju dan berdaya saing di Johor.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=t7FAGUdBm30&ra=m
