Prinsip kebebasan akhbar terus menjadi fokus utama negara dalam mendepani cabaran semasatermasuk tekanan, ugutan serta campur tangan pihak luar terhadap pengamal media.

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, kerajaan dilihat mengambil langkah proaktif melaluipenubuhan Majlis Media Malaysia sebagai usaha memperkukuh kebebasan dan profesionalismekewartawanan.

Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan media tempatan terus berfungsisecara bebas, beretika dan bertanggungjawab tanpa pengaruh tidak wajar.

Walaupun Malaysia mencatat penurunan ke tangga ke-95 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2026.

Sehubungan dengan itu, kerajaan menegaskan bahawa pelbagai reformasi sedang dilaksanakan secaraberperingkat bagi memperbaiki ekosistem media negara.

Menurut Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia, penurunan ini turut dipengaruhi faktor global termasukkonflik dan peningkatan risiko terhadap wartawan di beberapa negara.

Di mana ia jelas memberi kesan kepada persepsi keseluruhan kebebasan media dunia.

Dalam konteks tempatan pula, penguatkuasaan Akta Majlis Media Malaysia 2025 dilihat sebagaiplatform penting ke arah kawal selia kendiri industri media.

Sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada campur tangan kerajaan secara langsung.

Kerajaan juga menegaskan komitmennya untuk meneliti semula undang-undang sedia ada secaraberhati-hati bagi memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara dan keharmonian negara terusterpelihara.

Sementara itu, pandangan pihak pembangkang yang mempersoalkan tahap kebebasan media di negara ini dilihat sebagai sebahagian daripada proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi yang matang.

Namun, usaha berterusan kerajaan dalam memperkenalkan dasar lebih inklusif dan terbukamenunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki kedudukan Malaysia di peringkat global.

Dalam pada itu, kerajaan turut menegaskan bahawa kebebasan media bukan sahaja penting untukdemokrasi.

Malah, ia juga menjadi asas kepada ketelusan, akauntabiliti serta keyakinan pelabur terhadapkestabilan negara.

Pendekatan kerajaan yang menekankan reformasi secara berperingkat menunjukkan kesediaan untukmenambah baik landskap media tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan keharmonian masyarakat.

Untuk rekod, penubuhan Majlis Media Malaysia merupakan langkah strategik ke arahmemperkasakan industri media melalui kawal selia kendiri.

Sekali gus meningkatkan kredibiliti serta kepercayaan awam terhadap media tempatan.

Dalam jangka panjang, keseimbangan antara kebebasan akhbar dan tanggungjawab sosial akanmenjadi kunci kepada pembangunan sistem demokrasi yang lebih kukuh dan mampan di Malaysia. 

Kerajaan juga terus membuka ruang dialog bersama pengamal media dan pertubuhan masyarakat sivilbagi memastikan setiap dasar yang diperkenalkan lebih inklusif serta menepati keperluan semasa industri.

Langkah berterusan ini diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kebebasan media secara bertanggungjawab di peringkat serantau dan global.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=PBZYVSm8m0o

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *