Tiada kompromi.
Itu pendirian warganet yang tetap tidak berpuas hati walaupun permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk DrNik Muhammad Zawawi Salleh disiarkan di laman media sosialnya pada Rabu.
Malah, hanya kecaman keras yang disaksikan menerusi ruangan komen sejak permohonan maaf itu disiarkan menerusi perkongsian laman Facebook Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP).
“Assalaamualaikum. Ingatlah wahai pemimpin PAS dan wala’un sekalian..!!!
“Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang berusaha sehabis daya dan qudrat, dengan ilmu dan pengalaman beliau untuk pulihkan kerosakan sistem dalam negara kita ini.
“Maka janganlah kalian berkata nista apatah lagi fitnah terhadap kepimpinan beliau sambil bersulam dengan ayat-ayatal-Quran & Hadith.
“Buruk sangat akhlak kalian itu,” tulis Mohd Azizi Jeffrydipetik Harapan Madani.
Sementara Del Zelo pula, dalam nada menasihat meninggalkan komen “ini sepatutnya yg dilakukan masa mula2 muncul dalam video semalam.
“Ini dalam video awak maafkan semua orang pula. Bengong betul. Dah kena kecam teruk, baru nak minta maaf betul-betul,” tulisnya.
Seorang lagi warganet dalam nada menyindir juga berkata, “Pagi ni bila kena report polis ramai-ramai, baru kelam kabut minta maaf.
“Semalam bukan main angkuh sombong buat video. Maaf, lain kali kalau Masdo Laki Minah mati aku tak percaya lagi, cis!,” bidasnya pula.
Terdahulu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu akhirnya memohon maaf susulan kontroversi berkait kenyataannya mengenai latar kehidupan beberapa sahabat Nabi sebelum kedatangan Islam.
Nik Zawawi dalam kenyataan berkata beliau mengakui ‘kurang cermat’ dalam mengolah maklumat dan penyampaian ketika memberikan kenyataan itu.
“Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan itu,” katanya.
Beliau turut menegaskan dirinya sama sekali tidak berniat menjatuhkan maruah atau menghina insan terpilih yang dimuliakan Allah.
Bagaimanapun, laporan demi laporan polis telah dibuat pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan tegas terhadap Nik Zawawi setelah turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Dr Zulkifli menegaskan bahawa mencaci mereka bererti menghina insan yang tegakkan Islam bersama Nabi.
“Sahabat Baginda adalah generasi terbaik dan dipuji oleh Allah SWT serta mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan sayangi para sahabat Rasulullah SAW selain menjauhi fitnah terhadap mereka,” tegasnya.
Dalam pada itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itujuga dilihat berterusan mengundang kecaman orang ramai apabila menganggap pihak tertentu yang menegurnya sebagai menegur secara melulu.
Dalam klip rakaman yang tular di platform X, Nik Zawawi berkata, tiada riwayat pada perkara yang berlaku pada zaman jahiliyah.
“Kepada yang menegur cara melulu itu, jangan melulu tegur kerana perkara yang berlaku pada zaman jahiliyah itu sememangnya tidak ada riwayat.
“Kalau ada riwayat pun, ia mesti dhaif. Itu zaman jahiliyah.
“Cuma tersilap apabila saya sandarkan kepada Saidina Abu Bakar, Umar dan para sahabat Nabi Muhammad SAW,” katanya dipetik Harapan Daily.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menempelak ulama PAS berkenaan di samping berpendapat Nik Zawawi seolah-olah masih berpegang pada ceritanya mengenai sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.
Sebelum ini, Nik Zawawi menggambarkan empat sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.
Beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang “bapa ceti” yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.
Tambahan lagi, dalam program ceramah PAS di Kuala Terengganu pada Ahad yang tular itu, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.
Susulan itu, netizen turut menyifatkan kenyataan permohonan maaf Nik Zawawi yang juga dianggap sebagai ulama itu dibuat selepas dihujani kecaman hanya kerana pilihan raya sudah semakin hampir.
Sungguh jijik dan memalukan bagi seorang wakil rakyat yang berjubah dan berserban serbi itu kerana sanggup menuduh dan menghina para sahabat Nabi SAW hanya demi kepentingan politiknya yang kini kian menghancur.
Justeru, JOMChannel juga berharap supaya tindakan yang setimpalnya bakal dikenakan oleh pihak berkuasa buat penunggang agama yang makin lama makin menyesatkanrakyat.
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=ytPsfU1KkQ8&ra=m
