Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75% dalammesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis.
Di samping bank pusat itu terus menilai kesan ketidaktentuan geopolitik global khususnya konflik yang berterusan di Asia Barat terhadap ekonomi domestik.
Keputusan itu dibuat selepas BNM mengambil kira keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi yang masih mampan dan tekanan inflasi yang dijangka kekal terkawal meskipun harga komoditi global meningkat akibat ketegangan geopolitik.
“Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” menurut bank pusat itu dalam kenyataan.
BNM sebelum ini menurunkan OPR daripada 3% kepada 2.75% pada Julai tahun lalu sebagai langkahawal bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara terus stabil dalam suasana inflasisederhana.
Data terkini menunjukkan ekonomi Malaysia terus berkembang pada suku pertama 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan serta pertumbuhan eksport yang kekal kukuh, khususnya dalamsektor elektrik dan elektronik (E&E).
Menurut BNM lagi, pasaran buruh yang stabil, pertumbuhan gaji dan pelbagai langkah dasar kerajaandijangka terus menyokong perbelanjaan isi rumah dalam tempoh mendatang.
Aktiviti pelaburan pula dijangka terus berkembang hasil kemajuan projek berbilang tahun sektor awamdan swasta, pelaksanaan projek baharu berskala kecil serta realisasi pelaburan yang telah diluluskansebelum ini.
Sektor luaran juga dilihat terus menyokong pertumbuhan, dibantu oleh eksport E&E yang kekal teguhselain perbelanjaan pelancong asing, walaupun pada kadar yang lebih sederhana.
Namun begitu, bank pusat memberi amaran bahawa prospek ekonomi negara masih terdedah kepadarisiko luaran, terutama jika konflik di Timur Tengah berlarutan lebih lama daripada jangkaan.
“Ketidakpastian berhubung tempoh dan keseriusan konflik Timur Tengah akan mempengaruhiprospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” kata BNM lagi dipetik Harapan Daily.
Menurutnya, pertumbuhan ekonomi boleh menjadi lebih perlahan sekiranya konflik terus menjejaskanperdagangan global dan pengeluaran komoditi.
Manakala risiko pertumbuhan lebih tinggi pula boleh berlaku jika ketegangan geopolitik mereda dan permintaan global terhadap produk E&E kembali meningkat.
Dari sudut harga pengguna, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing merekodkan purata1.6% dan 2.1% pada suku pertama tahun ini.
BNM menjangkakan kenaikan harga komoditi global akibat konflik Asia Barat akan meningkatkansedikit tekanan kos dalam negara.
Namun, kesannya terhadap inflasi keseluruhan dijangka masih terkawal susulan langkah dasardomestik serta keadaan permintaan yang stabil.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=-4rKt5-l0Cg
