Pakatan Harapan (PH) masih membuka ruang rundingan dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dengan keputusan akhir bakal mengambil kira kepentingan rakyat serta kestabilan politik negeri.
Pengarah Pilihan Raya PH, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, rundingan dengan semua pihak masih berlangsung.
Malah, sebarang bentuk kerjasama perlu menghasilkan penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak terbabit.
Katanya, selain aspek pilihan raya, PH turut memberi perhatian kepada manfaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi kerjasama politik yang dibentuk.
Ia termasuk usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan menangani isu perumahan.
“Kestabilan politik mesti menjadi keutamaan bagi setiap gabungan yang mahu kita bentuk.
“Perkara kedua ialah apakah manfaatnya kepada rakyat,” katanya.
Amirudin turut berkata, setiap parti mempunyai kepentingan dan fokus tersendiri.
Justeru, rundingan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pembahagian kerusi.
Sebaliknya turut melihat dasar yang boleh dikongsi serta dilaksanakan demi kepentingan rakyat.
Beliau turut memaklumkan perkembangan lanjut mengenai rundingan berkenaan.
Terutamanya termasuk dengan Bersatu, mungkin diketahui minggu depan.
Tambahan lagi, beliau turut menegaskan bahawa semuakemungkinan masih terbuka.
Sementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, gabungan berkenaan telah mengenal pasti beberapa kawasanDewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diberi tumpuan berdasarkan kekuatan jentera dan sokongan setempat.
Menurutnya, pembahagian kerusi antara parti komponen PH di peringkat negeri telah diselesaikan.
Namun butiran akhirnya perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
Selain itu, Adly berkata, PH Melaka turut mendapatkan pandangan pelbagai pihak.
Ia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memuktamadkan pendekatan menghadapi PRN.
Dengan kestabilan politik dan perpaduan rakyat Melaka antara pertimbangan utama.
Perkembangan itu berlaku ketika Bersatu menyatakan hasrat untuk bergerak solo pada PRN Melaka.
Manakala PAS pula memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dengan UMNO susulan ketidaktentuan kedudukan Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan Bersatu itu turut mencetuskan perbezaan pandangan penganalisis mengenai pertimbangan politik di peringkat negeri dan nasional.
Namun bagi PH, pendekatan rundingan terbuka memberi ruang kepada gabungan itu menilai setiap kemungkinan sebelum keputusan dasar dimuktamadkan di peringkat kepimpinan pusat.
Dengan PRN Melaka kini memasuki fasa persiapan pilihanraya, tumpuan seterusnya adalah keputusan rasmi PH mengenai bentuk kerjasama, agihan kerusi serta strategi menghadapi pertandingan di 28 DUN.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=xet0BvUCsz4&ra=m
