MADANI PACU KEMAJUAN JOHOR, RAKYAT TERUS NIKMATI MANFAAT


Pelbagai dasar dan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan MADANI terus menjadi pemangkin utama kepada kemajuan Johor.

Sekali gus memperkukuh agenda pembangunan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ketua Cabang KEADILAN Pengerang, Mohd Faizul Abd Ghani berkata, kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi serta mempercepatkan pelaksanaan projek-projek strategik di Johor.

Menurut beliau, pembangunan kawasan ekonomi baharu termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Johor kini berada pada landasan yang kukuh untuk muncul sebagai hab ekonomi utama negara hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, selain pembangunan ekonomi berskala besar.

Kerajaan MADANI turut memberi perhatian kepada kebajikan rakyat menerusi pelbagai inisiatif bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Program BUDI MADANI dan Jualan Rahmah.

Katanya, bantuan tersebut membantu meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih berdepan cabaran ekonomi global.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang sehaluan mampu mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan serta memberi manfaat lebih besar kepada rakyat.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira negeri atau fahaman politik.

Termasuk dalam pelaksanaan projek tebatan banjir, pembangunan infrastruktur dan pelaburan strategik.

Apabila kerajaan negeri dan Persekutuan dapat bekerja sebagai satu pasukan, banyak urusan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan pantas demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika melancarkan jentera Pakatan Harapan di Batu Pahat.

Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI terus berpegang kepada prinsip keadilan dan keterangkuman dengan memastikan peluang pendidikan serta pembangunan negara dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Beliau berkata, kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan perpaduan nasional merupakan asas penting dalam usaha membangunkan negara serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

Pemerhati politik berpandangan kejayaan Agenda Maju Johor yang menyasarkan status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 memerlukan kesinambungan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Hubungan yang kukuh antara kedua-dua pihak diyakini mampu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek strategik sekali gus menjadikan Johor sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan. 

Selain itu, peningkatan keyakinan pelabur terhadap Johor turut dibuktikan melalui pertumbuhan pelaburan domestik dan asing yang semakin memberangsangkan sejak dua tahun kebelakangan ini. 

Perkembangan tersebut bukan sahaja merancakkan aktiviti ekonomi negeri.

Malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak tempatan. 

Dengan momentum pembangunan yang berterusan, Johor dilihat berada dalam kedudukan terbaik untuk muncul sebagai antara negeri paling maju dan berdaya saing di rantau ini menjelang tahun 2030.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=C-L5HNsJTko&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *