Golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan kumpulan kurang berkemampuan dijangka menjadi antara fokus utama Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan bulan depan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perhatian terhadap kedua-dua kumpulan itu penting.

Terutamanya ia susulan tekanan kos sara hidup dan cabaran ekonomi yang masih dirasai rakyat.

Katanya, kerajaan kini sedang melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh bagi memuktamadkan Belanjawan 2027 supaya lebih inklusif serta mampu menangani permasalahan sosioekonomi semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Dalam pada itu, kerajaan dijangka terus memperkukuh bantuan sedia ada.

Antaranya termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu meringankan beban kewangan isi rumah.

Tambahan lagi, Muhammad Kamil turut berkata, penambahbaikan terhadap inisiatif sedia ada turut dipertimbangkan.

Termasuk kemungkinan menawarkan bentuk sokongan kewangan lain khususnya kepada golongan pertengahan yang berdepan peningkatan kos sara hidup.

Pada masa sama, kerajaan kekal memberi keutamaan kepada kestabilan politik dan ekonomi.

Ia bagi memastikan pelaksanaan dasar serta agenda pembangunan negara dapat diteruskan dengan lancar.

Sehubungan dengan itu, Belanjawan kali ini dilihat penting dalam memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh.

Khususnya oleh rakyat yang paling terkesan dengan tekanan kehidupan semasa. 

Selain itu, di bawah kepimpinan PMX, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pengukuhan jaringan perlindungan sosial menerusi pelbagai inisiatif bantuan.

Pendekatan itu memperlihatkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan secara lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Di samping memastikan peruntukan negara digunakan secara lebih berkesan.

Dalam pada itu, kerajaan juga terus mengambil langkah menangani tekanan kos sara hidup dengan memberi perhatian kepada keperluan asas, pendapatan isi rumah dan peluang ekonomi rakyat.

Bagi golongan M40 pula, perhatian khusus dilihat penting kerana sebahagian mereka turut berdepan peningkatan kos kehidupan.

Khususnya apabila ia membabitkan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keperluan keluarga.

Pendekatan Perdana Menteri yang menekankan kesejahteraan rakyat, disiplin fiskal dan kestabilanekonomi dijangka menjadi antara asas penting Belanjawan 2027.

Di mana ia bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan tanpa mengabaikan keperluan rakyat.

Justeru, Belanjawan 2027 bukan sekadar soal angka dan peruntukan.

Tetapi turut menjadi medan untuk kerajaan memperkukuh agenda reformasi ekonomi serta memastikan hasil pembangunan negara dapat dikongsi secara lebih adil dan menyeluruh.

Belanjawan 2027 dijangka terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara lebih menyeluruh.

Justeru, kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dilihat perlu mengekalkan pendekatan berhemah dalam pengurusan kewangan negara sambil memperluas bantuan bersasar dan memperkukuh peluang ekonomi untuk rakyat.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=mJnPRAgO3Lw&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *