Pakatan Harapan (PH) perlu kekal berpegang kepada prinsip politik berasaskan prestasi, nilai dan integriti.
Selain tidak terlalu mengharapkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PilihanRaya Negeri (PRN) Melaka.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad berkata, perkembangan politik semasa menunjukkan kerjasama PH-BN semakin sukar direalisasikan.
Lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua gabungan tidak berkongsi nilai dan matlamat politik yang sama.
Menurutnya, PH lebih wajar bergerak secara solo di Melaka sekiranya rundingan kerjasama tidak mencapai titik persamaan.
Berbanding mengorbankan prinsip perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Beliau turut menegaskan budaya politik yang mengaitkan penyalahgunaan kuasa, kepentingan kelompok serta penyaluran sumber awam kepada kepentingan politik perlu dihentikan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
Dalam pada itu, Khalid menyifatkan istilah ‘politik sakau’ sebagai imej yang sering dikaitkan dengan UMNO-BN.
Terutamanya termasuk apabila tindakan menggunakan kedudukan atau sumber kerajaan cuba dijustifikasikan atas alasan membantu rakyat.
Katanya lagi, usaha membanteras budaya berkenaan memerlukan pendirian politik yang lebih seimbang, adil dan tidak mempertahankan mana-mana pihak sekiranya terbukti melakukan kesalahan.
Dalam perkembangan berkaitan PRN Melaka, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini menegaskan kenyataan Khalid tidak boleh dijadikan penanda aras pendirian keseluruhan PH.
Sebaliknya, BN Melaka hanya akan mengambil kira keputusan rasmi Majlis Presiden PH berhubung hala tuju rundingan kerjasama menghadapi PRN berkenaan.
Dalam isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak pula, Khalid berkata, beliausendiri mungkin memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sekiranya masih memegang jawatan itu ketika proses berkenaan berlangsung.
Malah menurutnya, tindakan tersebut boleh menjadi satu bentuk pendirian berprinsip sekiranya beliau merasakan keputusan yang bakal dibuat bercanggah dengan prinsip keadilan yang diperjuangkan.
Pada masa sama, beliau menyokong usaha supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan keputusan itu didedahkan kepada umum.
Dengan menegaskan ketelusan penting bagi memastikan rakyat memahami proses yang berlaku.
17. Beliau bagaimanapun mengakui keputusan pengampunan merupakan bidang kuasa yang telahdiperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan perlu dihormati.
Dalam soal hala tuju politik Melayu, Khalid berkata, masyarakat kini mempunyai pilihan untuk menentukan sama ada mahu terus terikat dengan politik berasaskan identiti dan kepentingan kelompokatau beralih kepada politik prestasi serta nilai.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) turut melihatkemungkinan kerjasama PH Plus dengan parti lain.
Antaranya termasuk Bersatu, sebagai sesuatu yang boleh dipertimbangkan dengan syarat parti berkenaan bersedia menerima budaya politik yang menekankan prestasi, integriti dan nilai.
Khalid turut menegaskan AMANAH bersedia berkompromi dalam soal pembahagian kerusi jika iadapat memperluaskan sokongan terhadap PH.
Namun setiap keputusan perlu dibuat melalui rundingan dan persetujuan bersama.
Mengenai calon Perdana Menteri, Khalid mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pilihan yang masih paling sesuai untuk meneruskan kepimpinan negara.
Ia berdasarkan pengalaman, pencapaian kerajaan serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, tegasnya lagi, kestabilan pentadbiran, keyakinan pelabur dan imej Malaysia di mata dunia perlu terus diberi keutamaan dalam menentukan kepimpinan negara bagi tempoh akan datang.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=SGfnoaKA46o&ra=m
