PELAN BEKALAN MINYAK BAHARU DIJANGKA UMUM PERTENGAHAN MEI

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan Mei ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat serta penutupan Selat Hormuz.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelan itu memberi fokus kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan ekonomi negara selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan bekalan semasa mampu bertahan sehingga Jun.

Menurutnya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS kini berada di peringkat akhir memuktamadkan sumber bekalan baharu sebagai langkah memastikan kesinambungan bekalan minyak negara dalam tempoh seterusnya.

Katanya, Perdana Menteri sebelum ini telah memaklumkan beberapa sumber bekalan baharu sedang dimuktamadkan dan jadual seterusnya berkaitan pelan bekalan minyak negara akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel forum “Energy Crisis 2026: Are We Ready to Rethink Refuel?” sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Universiti Malaya (UMES).

Dalam perkembangan sama, Akmal Nasrullah menjelaskan simpanan minyak negara ketika ini masih berada pada tahap operasi dan Malaysia masih mampu bertahan walaupun berlaku gangguan bekalan hasil langkah intervensi serta pengurusan yang dilaksanakan kerajaan.

Tambahnya lagi, kerajaan turut meneliti kerjasama serantau bersama negara-negara ASEAN bagi memperkukuh daya tahan bekalan tenaga termasuk cadangan mewujudkan simpanan minyak di peringkat serantau.

Bagaimanapun katanya, perkara itu memerlukan penelitian lanjut dari segi kerangka, mekanisme dan aspek diplomasi kerana membabitkan hubungan antara negara anggota ASEAN.

Mengulas mengenai penggunaan biodiesel B15 pula, beliau berkata kerajaan optimis pelaksanaannya dapat dimulakan pada 1 Jun ini bagi membantu memanjangkan jangka hayat bekalan diesel negara.

Katanya, pelaksanaan itu melibatkan keseluruhan rantaian bekalan biodiesel termasuk pengedaran ke stesen minyak dan setakat ini mendapat komitmen positif daripada kementerian serta agensi berkaitan.

Penganalisis melihat langkah kerajaan memperkukuh sumber bekalan minyak dan mempercepat pelaksanaan biodiesel sebagai pendekatan penting.

Ia bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan global selain memastikan kestabilan ekonomi serta kebajikan rakyat terus terpelihara.

Namun, dalam masa kerajaan bekerja mencari sumber bekalan baharu dan merangka pelan jangka panjang, pembangkang pula dilihat lebih sibuk bermain naratif ketakutan untuk meraih perhatian politik.

Ada pihak yang seolah-olah mahu rakyat panik sedangkan kerajaan sudah memberi jaminan bekalan minyak negara masih berada pada tahap terkawal.

Ketika negara lain turut berdepan tekanan akibat konflik di Asia Barat, pembangkang di Malaysia terus menjadikan isu global sebagai modal menyerang kerajaan tanpa menawarkan sebarang penyelesaian konkrit.

Malahan, ada pemimpin pembangkang yang pantas membuat tuduhan kononnya negara bakal berdepan krisis besarwalaupun fakta sebenar menunjukkan langkah intervensi telah pun digerakkan lebih awal.

Justeru, sikap gemar menakut-nakutkan rakyat itu hanya mencerminkan politik sempit yang lebih mementingkan persepsi berbanding kestabilan negara.

Hakikatnya, ketika kerajaan berbincang dengan PETRONASdan rakan serantau bagi menjamin kesinambungan bekalan tenaga, pembangkang masih gagal menunjukkan pelan alternatif yang realistik.

Isu keselamatan tenaga sepatutnya dijadikan agenda bersama demi kepentingan rakyat.

Dan bukannya bahan kempen untuk mencetuskan keresahan awam.

Walau bagaimanapun, rakyat kini semakin matang menilai siapa yang benar-benar bekerja memastikan negara terus stabil dan siapa yang hanya muncul apabila ada ruang untuk mempolitikkan isu semasa.

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=mwxwzXuwHuo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *