MCMC TURUNKAN 398 KANDUNGAN 3R SETAKAT APRIL

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 398 kandunganberkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan sebahagiandaripada maklum balas terhadap 750 aduan yang diterimabagi permohonan menurunkan kandungan sensitif bagitempoh awal tahun ini hingga April.

Secara keseluruhan, Teo Nie Ching berkata, sebanyak 8,540 kandungan 3R telah diturunkan sejak 2022 hingga bulanlepas.

“Kita melihat aduan yang diterima meningkat setiap tahun.

“Pada 2022, sebanyak 175 kandungan diturunkan dan jumlah itu meningkat kepada 1,633 pada tahun berikutnya.

“Begitu juga pada 2024, jumlah itu bertambah kepada4,830, namun menurun kepada 1,504 pada tahun lepas.

“Bagi tahun ini, 750 permohonan telah dihantar kepadapemilik platform dan setakat ini, 398 kandungan telahditurunkan setakat 30 April,” katanya dipetik Media Perpaduan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri BengkelPendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop di SekolahMenengah Kebangsaan (SMK) Senai, Johor pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan kes berkaitankandungan 3R disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan persefahaman antara agensi itu dengan MCMC.

“MCMC bertindak sebagai rakan teknikal denganmenyediakan sokongan kepakaran bagi membantu pihak polis mengenal pasti individu di sebalik akaun terlibat.

“Keputusan sama ada sesuatu kes itu diambil tindakan di mahkamah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tertakluk kepada pertimbangan JabatanPeguam Negara,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Teo Nie Ching berkata Bengkel Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop anjuran MCMC bersamaTikTok Shop merupakan usaha memperkasakan literasi digital dan etika penghasilan kandungan.

Beliau berkata inisiatif ini bertujuan membantu pesertameningkatkan kemahiran digital, mempelajari strategi perniagaan dalam talian serta memperkukuh potensipendapatan melalui platform TikTok Shop.

“Program ini bukan sahaja merangkumi teori, tetapi juga latihan amali bagi memastikan peserta benar-benar memahamicara menghasilkan kandungan yang berkualiti dan bertanggungjawab,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 19 lokasi di Johor telah dikenal pasti untuk pelaksanaan bengkel berkenaan, yang turut ditawarkan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasaMelayu, Tamil dan Mandarin.

Program itu, kata Ahli Parlimen Kulai itu lagi, akandiperluas ke negeri lain bergantung pada permintaan sertakeberkesanan pelaksanaannya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai, khususnya generasi muda agar menghasilkan kandungan yang membawa mesej positif dan tidak menyentuh isu sensitif.

“Tidak semua kandungan perlu bersifat sensasi atauprovokatif untuk menjadi tular.

“Kandungan yang menyentuh hati seperti ‘Abang MinyakHitam Jalanan’ dan Dicky yang tular baru-baru ini telah diberipengiktirafan khas Sahabat Perpaduan MADANI oleh Kementerian Perpaduan Negara.

“Di mana ia membuktikan bahawa mesej positif juga mampu menarik perhatian ramai,” tambahnya lagi.

Malahan, beliau juga mengingatkan semua penciptakandungan untuk lebih bertanggungjawab dan mencontohiikon-ikon berkenaan dalam menghasilkan kandungan yang memberikan impak baik kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah, kerajaan Madani! Terima kasihkepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan para Jemaah Menteri yang bertungkus-lumus menjalankan tugasan dan bekerjadengan penuh tanggungjawab demi rakyat dan negara tercinta.

Semoga segala langkah serta usaha yang sudah, sedangdan bakal dijalankan dalam mengawal kandungan di internetsentiasa berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt demi kepentingan internet selamat buat semua rakyat In Shaa Allah Aamiin Aamiin yra.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=MnEDKPxghJ4&pp=0gcJCQQLAYcqIYzv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *