APA SEBENARNYA YANG MEMBEZAKAN PH DAN PN?

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini sah bergabung bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini.

Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, kerjasama dengan PN pada PRN Negeri Sembilan ini adalah satu persefahaman dan bukan perjanjian atau kesepakatan.

Ahmad Zahid berkata, gabungan itu percaya melalui langkah taktikal itu, dengan BN bertanding di 25 kerusi dan PN di 11 kerusi di mana BN akan kembali merampas Negeri Sembilan.

“Kita akan pastikan koordinasi yang dilakukan ini bukan satu perjanjian atau kesepakatan, tetapi sebagai satu persefahaman.

“Persefahaman ini cukup penting bagi kita kerana kita duluhanya mempunyai 14 kerusi dimenangi di bawah BN.

“Insya-Allah, dengan langkah taktikal yang kita lakukan ini, Negeri Sembilan akan kembali ditadbir BN. Gelombang biru ini sudah datang ke Negeri Sembilan,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokong BN selepas mengiringi Timbalan Pengerusi BN, Dato’ Seri Mohamad Hasan yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sri Rembau pada Sabtu.

Tambahan lagi, Ahmad Zahid turut menggesa jentera BN bekerja keras bagi memastikan kejayaan Mohamad dengan majoriti lebih tinggi, selain bagi calon BN di DUN Chembong dan Kota.

“Moga-moga dengan cara dan semangat baharu, gelombang biru yang datang, kita doakan dan kita bekerja supaya majoriti lebih tinggi.

“Kita hormati institusi adat dan raja, kita tatang. Insya-Allah Tok Mat (Mohamad), kita tak tebuk atap, kita buka atap baharu,” ujarnya lagi.

Rabu lalu, BN mengumumkan 25 daripada keseluruhan 36 calon bagi mewakili gabungan itu pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, 11 lagi kerusiakan diumumkan kemudian kerana BN membuat persefahaman dengan ‘kawan’ yang boleh dipercayai pada PRN kali ini.

Sejurus itu, pada Khamis lalu, PN pula mengumumkan calonnya bagi mengisi 11 kekosongan berkenaan pada Khamis.

Di mana ia membabitkan lima calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), empat daripada WAWASAN dan masing-masing satu daripada GERAKAN dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Nahh! Bak kata pemimpin BN, mereka bukan bergabung tapi hanya mewujudkan persefahaman dan kerjasama politikdi peringkat negeri sahaja.

Di mana dalam masa yang sama, di peringkat Persekutuan pun, kalian masih lagi mahu bersama sebagai Kerajaan Perpaduan, tetapi sebaliknya di negeri?

Jadi, apa bezanya bergabung dengan kerjasama persefahaman?

Dakwa mereka lagi, setiap parti kononnya masih lagi kekal dengan pendirian dan hala tuju parti masing-masing.

Justeru, adakah PH pun tidak ada hala tuju sendiri? Apakah yang membezakan PH dan PN?

Mengapa gabungan Kerajaan Perpaduan tidak boleh dikekalkan dan disemarakkan di peringkat negeri juga?

Di samping itu, kalian juga lebih rela bergabung dengan parti yang sudah jelas terbukti ekstrim dan lebih bijak memomok dan membodohkan rakyat.

Adakah isu utamanya kerana PH bukan Melayu Islam? Namun, apa yang lebih ‘melucukan’ adalah fakta bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH sendiri merupakan seorang Melayu Islam.

Adakah ia kerana PH mempunyai DAP sebagai rakan gabungan dari dulu hingga sekarang?

Sekarang persoalannya, kenapa pula dengan parti DAP? Adakah kerana DAP sebuah parti politik yang dipelopori Cina? Namun, dari dulu lagi, BN juga ada parti MCA dan kini, PN juga ada parti Gerakan.

Pengkhianatan? Suatu ketika dahulu, PAS merupakan salah satu komponen parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun, selepas pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, PAS melakukan pengkhianatan pertama kepada PR dan kemudian bergabung dengan UMNO di mana tertubuhnya Muafakat Nasional (MN).

Kemudian pada tahun 2020, berlakunya Langkah Sheraton di mana bermulanya titik hitam dalam sejarah negara. Negara huru-hara, kestabilan politik hilang dan ia perlahan-lahan menjahanamkan negara.

Ketika peristiwa Langkah Sheraton, Bersatu pula mengkhianati PH untuk bergabung dengan PAS-UMNO dan menubuhkan PN selepas 22 bulan memerintah negara bersama.

Namun, sejak bermulanya tampuk pemerintahan PN, gundah-gulana negara jadinya.

Dan kemudian, ketika pemerintahan PN, PAS pula bercakaran dengan UMNO dan masing-masing mahu bergerak solo.

Namun, disebabkan tiada kemenangan mutlak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, atas titah nasihat YDPA ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, PH-BN bersetuju untuk bergabung demi kepentingan rakyat dan negara.

Walaupun ini merupakan kali pertama PH-BN bergabungdi peringkat Persekutuan sehingga menubuhkan kerajaan Perpaduan, tidak ada lagi pengkhianatan daripada PH. 

Tetapi, PAS sudah pun khianat UMNO sekali dan kini mereka mengkhianati ‘sahabat’ Bersatu mereka hanya untuk kembali bersama UMNO-BN.

Justeru, JOMChannel mempunyai beberapa persoalan buat BN, tidak serik lagikah kalian?

Walaupun sudah dikhianati sekali, kalian masih lagi sanggup bergabung dengan PAS-PN? Adakah kerana hanya mahukan tempat di peringkat negeri dan Persekutuan?

Di kala situasi politik negara menjadi semakin kucar-kacir, terutamanya gara-gara selepas berlakunya Langkah Sheraton, kalian masih lagi angkuh.

Di peringkat Persekutuan kalian ingin berkuasa, di negeri juga kalian mahukan kuasa.

Tidak pelikkah berkawan di Persekutuan, namun berlawan di negeri? Yang ‘wn-win’nya ekau. PH apa pun takdo!

Jadi, persoalan yang paling utama, apa sebenarnya yang membezakan PH dan PN?

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=dXn1abSD9pQ&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *