MADANI TERKINI | PH JOHOR PERHEBAT PERSIAPAN HADAPI PILIHAN RAYA

Sejak Isnin, Pakatan Harapan (PH) Johor terus mempergiatkan segala persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas dibubarkan walaupun masih mempunyai mandat 11 bulan.

Menurut laporan di lapangan, jentera parti di semua peringkat sedang digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi proses pengundian yang bakal menentukan hala tuju pentadbiran negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

PH Johor kini memfokuskan kepada proses memperkukuhkan organisasi akar umbi, menyusun strategi kempen yang lebih berkesan.

Selain memastikan mesej berkaitan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat disampaikan dengan jelas kepada pengundi.

Ketiga-tiga pemimpin utama PH negeri juga telah mula mengadakan siri pertemuan bersama jentera parti akar umbi di setiap 56 kerusi DUN bagi menyelaras gerak kerja dan mengenal pasti isu-isu tempatan.

Terutamanya isu yang perlu diberikan perhatian serta diambil tindakan tanpa perlu menunggu tindakan kerajaan negeri yang sudah tidak lagi berkuasa.

Kekuatan PH Johor juga sudah pasti disokong oleh PH pusat yang diterajui Pengerusi merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi berhadapan dengan sesiapa sahaja.

Ia termasuk Barisan Nasional (BN) yang terlebih awal memutuskan bertanding di kesemua kerusi, tanpa berunding dengan PH sebelum Konvensyen PH 2026 pada 17 Mei lepas.

Namun, elemen paling penting menjelang PRU akan datang ialah setiap parti komponen menampilkan calon-calon yang berwibawa dan berintegriti.

Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik kepada masyarakat sebagai tonggak utama mengambil alih kerajaan negeri agar seiring dengan Kerajaan Persekutuan.

Setelah melihat kerajaan terdahulu tidak selari dengan Kerajaan Persekutuan, inilah masanya PH Johor meyakinkan rakyat bahawa gabungan tersebut mempunyai barisan kepimpinan yang mampu meneruskan agenda pembangunan negeri secara inklusif dan mampan.

Mengelak daripada melakukan program turun padang bermusim juga antara cara pelaksanaan bagi mendekati rakyat serta mendengar pandangan mereka mengenai cabaran semasa seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan kemudahan awam.

Dengan persiapan yang semakin giat dilaksanakan, PH Johor optimis mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih tersusun dan mampu memikat hati rakyat.

Sudah pasti setiap agenda yang ingin dilaksanakan tetap menumpukan kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Johor demi memastikan negeri ini terus maju dan makmur.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=kiM8zQAQBOU&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *