MADANI TERKINI | BATAL KONTRAK NSM: MALAYSIA TELITI BELI PELURU BERPANDU DARI NEGARA LAIN


Malaysia sedang meneliti beberapa syarikat pengeluar peluru berpandu sebagai alternatif bagimenggantikan bekalan peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM) yang gagal diperolehselepas kerajaan Norway membatalkan lesen eksport sistem persenjataan itu kepada negara ini.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara syarikat negara yang sedangditeliti termasuklah Itali, Perancis, Turkiye, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Bagaimanapun katanya, Malaysia akan melihat sama ada bekalan berkenaan tersedia terlebih dahulubagi memastikan tempoh menunggu tidak terlalu lama.

“Peluru berpandu ini perlu ditempah, tetapi masalahnya tempahan baharu mengambil masa empathingga lima tahun untuk siap.

“Mungkin Amerika Syarikat tengah buat untuk kapal-kapal dia, Itali juga tengah buat, jadi kalau adasaya nak minta dulu.

“Jadi kapal yang kita akan dapat Disember ini akan ada sistem peluru berpandu ‘surface to surface’.

“Peluru yang mampu tembak jarak jauhnya 300 kilometer, itu yang kita nak,” katanya dipetik Media Perpaduan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sembang Santai Bersama Pemandu Kereta Sewa dan Teksi di Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang pada Selasa.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pihaknya akan turut melihat aspekintegrasi selain harga yang ditawarkan syarikat berkenaan sebelum keputusan dibuat.

Sementara itu, beliau turut memberitahu tindakan tuntutan dan saman terhadap syarikat dari Norway atas kegagalan mereka mematuhi kontrak akan diteruskan.

(Norway mohon maaf) Maaf, maaflah. Tetapi tuntutan tetap kita buat. Saman tetap saman, saman pada syarikat itu.

“Tetapi jika Norway betul-betul mahu jaga persahabatan dengan Malaysia, dia boleh bantu dan dahulukan tuntutan wang lebih RM1 bilion.

“Kos peluru berpandu itu lebih RM600 juta, kemudian kos-kos tidak langsung lain seperti latihan, integrasi sistem dan lain-lain, semua itu membabitkan kos jadi siapa yang akan tanggung disebabkankegagalan mereka,” ujarnya lagi.

Kerajaan Norway sebelum ini dilapor membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

Menurut laman sesawang Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), perolehan NSM dimeteraiantara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 jutaeuro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) baharu.

Susulan itu, Malaysia sudah menghantar surat tuntutan saman melebihi RM1 bilion kepada syarikatberkaitan dan kini sedang menunggu maklum balas daripada kerajaan Norway.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=UbzQde-G__o&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *