MADANI TERKINI | AGROBANK SAHUT SERUAN PMX SEDIAKAN PEMBIAYAAN BERSAMA FAMA

Agrobank komited membantu usahawan tani dan penjaja kecil yang mempunyai kekangan modal menerusi Skim Usahawan Tani Agrobank bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Skim yang dikenali sebagai Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA itu menyediakan pembiayaan, penabungan, perlindungan takaful, transaksi digital.

Serta latihan keusahawanan percuma dalam aspek pengurusan kewangan dan pemasaran, sebagaimenyahut seruan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, skim itu dirangka khas bagi membantu pertumbuhan usahawan tani.

Khususnya, kata beliau dalam memperkukuh operasi perniagaan, meningkatkan daya tahan kewanganserta mengembangkan perniagaan mereka.

“Skim ini mensasarkan seramai 1,000 usahawan tani untuk menerima manfaat melalui kemudahanpembiayaan mikro dengan jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM100,000 bagi setiap pelanggandengan kadar keuntungan serendah 2.5 setahun.

“Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkandan 500 pelanggan terawal yang layak dan memohon Skim Usahawan Tani.

“Agrobank x FAMA akan menerima manfaat pembiayaan mikro bersama barangan eksklusifAgrobank,” katanya dipetik Harapan Madani.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran skim tersebut di Pasar Tani Taman Melawati pada Sabtu yang disempurnakan oleh PMX.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah turut berkata, pada tahun ini pihaknya menyediakan kira-kira RM20 juta pembiayaan khusus untuk usahawan pasar tani.

11. Jelasnya lagi, pembiayaan tersebut mampu memberikan pinjaman kepada lebih 5,000 usahawan tanidi seluruh negara.

Dalam pada itu katanya, bagi menyokong pendigitalan perniagaan, Agrobank juga menyediakan 200 unit DuitNow QR SoundBox secara percuma kepada pelanggan terpilih yang layak.

“Inisiatif ini bagi menggalakkan penggunaan DuitNow QR Agrobank, memudahkan pengesahanbayaran secara lebih cepat dan selamat, serta meningkatkan penyertaan usahawan tani dan peniaga kecildalam transaksi tanpa tunai,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, melalui kerjasama strategik bersama FAMA, Agrobank berharap skim itu dapatmemberi impak langsung kepada usahawan tani melalui akses pembiayaan yang lebih mudah dan patuhsyariah.

“Inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuh daya tahan perniagaan mikro serta menyokongpertumbuhan sektor agromakanan negara secara lebih inklusif dan mampan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang usahawan tani Agrobank, Muhammad Nizam Abdul Aziz, 57, berkata, diamenyambut baik usaha pihak Agrobank dalam menyediakan pelbagai skim pembiayaan khusus untukusahawan sepertinya.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=lCa-J0KXhyU&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *