MADANI TERKINI | TIDAK BENAR KERAJAAN MADANI TAK JAGA MELAYU, BUMIPUTERA

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kerajaan pimpinannya tidak menjaga kepentingan kumpulan Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu.

Jelas Perdana Menteri, antara langkah diambil kerajaannya ialah mewujudkan Tanah Rizab Melayu(TRM) baharu di Kuala Lumpur selepas mendapati jumlah tanah itu semakin berkurangan.

“Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur…yang ada semua yang dijual.

“(Apabila) saya ambil alih (kepimpinan negara) pada 2022, pada 2023 kita rampas tanah Bandar Malaysia 480 ekar (194.3 hektar yang sebelum ini) menjadi milik negara China dan syarikat (swasta).Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan.

“Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga PETRONAS dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai Melayu.

“Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur,” katanya dipetik Harapan Madani.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada Isnin.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat, Azhan Md Othman.

PMX turut berkata, cadangan itu tidak mendapat bantahan DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang juga Menteri Pengangkutanhanya bertanyakan alasan kerajaan berbuat demikian.

“Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur makin meleset. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan tanda yang jelas. Dia (Anthony) kata okey.

“Mesyuarat Jemaah Menteri tidak ada yang bantah. Jadi, kali pertama dalam sejarah sejak Merdeka (pada) 1957, Kerajaan MADANI mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanahrizab Melayu,” ujarnya lagi.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=nF81f_q1860&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *