MADANI TERKINI | MARA: PMX ARAH PINDAAN AKTA DIKEMUKA DALAM TIGA BULAN


Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempercepatkan penyediaan draf pindaan akta baharu bagi memperkukuh tadbir urus serta peranan agensi itu dalam pembangunan Bumiputera.

Perdana Menteri menegaskan, perkara akta tersebut perlu disiapkan segera tanpa berlengah dan dikemukakan dalam tempoh tiga bulan.

“TPM (Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi) arahkan supaya siap sebelum akhir tahun, saya tetap tak perlu tunggu.

“Nak tunggu sampai enam, tujuh, lapan bulan, sebab apa?

“Beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya dipetik Harapan Madani.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Hadir sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Timbalannya, Datuk Rubiah Wang serta menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi MARA, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan dipinda bagi menambah baik aspek tadbir urus agensi pemerkasaan Bumiputera itu.

Malah katanya, draf pindaan akta itu sudah siap dan kini dalam peringkat sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh.

Untuk rekod, sejak penubuhannya pada 1966, akta berkenaan ialah undang-undang yang menubuhkan MARA sebagai badan korporat untuk memajukan, merangsang dan memudahkan.

Di samping bagi menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Bumiputera.

Namun Kerajaan MADANI melihat ia wajar disemak semula sesuai dengan peranan dan fungsinya meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera di negara ini.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=NZasmGPt5HY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *