MADANI TERKINI | KERAJAAN MADANI TEROKA PELABURAN STRATEGIK BERNILAI TINGGI DI CHINA

Hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimulakan dengan mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China di Shanghai.

Dengan pertemuan berprofil tinggi menekankan persefahaman bagi meningkatkan potensi pelaburan ke Malaysia.

Menerusi hantaran di media sosialnya, PMX menjelaskan, perbincangan merangkumi aspek penerokaan peluang pelaburan strategik bernilai tinggi dalam sektor berimpak tinggi.

Antaranya termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri dan optik termaju.

Selain sektor berkenaan, beliau juga menambah, perbincangan turut merangkumi sektor bioteknologi, penjagaan kesihatan, produk berasaskan kimia khusus serta pembuatan termaju membabitkan syarikat terkemuka seluruh negara itu.

Perbincangan itu turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta ketua-ketua syarikat pelaburan dan perdagangan di sebuah hotel di sini dalam suasana kondusif.

“Saya turut mendengar secara langsung perancangan dan aspirasi pemain industry.

“Ia termasuk peluang yang mereka lihat di Malaysia serta langkah yang diperlukan untuk merealisasikan pelaburan tersebut,” katanya dipetik Harapan Madani.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia mempunyai asas kukuh untuk terus berkembang sebagai hab pelaburan dan pembuatan bernilai tinggi di rantau ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu menghadiri majlis perasmian WorldSkills Shanghai 2026 yang dirasmikan Premier China, Li Qiang sempena lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou dari Selasa sehingga Khamis atas undangan kerajaan China.

Ternyata, lawatan kerja PMX ke negara ini yang keempat sejak menjadi Perdana Menteri pada 2022.

Di mana ia banyak membuka laluan perdagangan eksport Malaysia hingga menjadikan China destinasi terbesar buat 17 tahun berturut-turut dengan nilai sebanyak lebih RM450 bilion setahun.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=8ejq3aRQy4w&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *