ASYRAF WAJDI BIADAB, INI JAWAPAN BUATNYA

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Dato’Seri Aminuddin Harun menyelar kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang disifatkannya cukup biadab apabila mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar.

Aminuddin yang juga calon DUN Linggi berkata, Asyraf Wajdi perlu memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Undang Yang Empat serta seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Ini kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) secara jelas menyatakan bahawa Menteri Besar ialah orang Melayu, dan tidak pernah menyebut bahawa orang Cina boleh menjadi Menteri Besar.

“Saya minta supaya seluruh pimpinan Umno menegur pemimpin biadab ini.

“UMNO kata hormat Melayu, hormat Raja, hormat Islam, tetapi sendiri yang langgar,” katanya dipetik Harapan Daily.

Menurut Aminuddin lagi, sebagai seorang pemimpin, beliau tidak sepatutnya bergurau seperti itu kerana ia boleh disalah tafsir.

“Perbuatan biadab seperti ini tak patut berlaku dalam pilihan raya. Boleh bergurau tetapi gurauan itu biar kena pada tempat.

“Saya harap dia mohon maaf, bukan kepada saya, tetapi kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta seluruh rakyat Negeri Sembilan,” ujarnya lagi.

Asyraf sebelum ini mempersoalkan siapakah yang akan dilantik sebagai calon Menteri Besar daripada PH sekiranya Aminuddin tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau kemudian secara sinis membangkitkan persoalan sama ada rakyat Negeri Sembilan mahu Anthony Loke menjadi Menteri Besar.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut dipersoal adakah beliau benar-benar tidak mengetahui tentang peruntukan undang-undang atau sengaja mahu mengelirukan pengundi dengan memetik nama Anthony Loke sebagai bakal Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Perkara 36(2) Akta Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri Besar yang dilantik oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mestilah seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Justeru katanya, bagaimana boleh timbul pertanyaan bahawa ada kemungkinan Setiausaha Agung DAP akan menjadi MB Negeri Sembilan.

“Ini bukan soalan tafsiran politik, ini adalah peruntukan undang-undang negeri dan Akta Tubuh Kerajaan Negeri.

“Jadi macam mana boleh timbul dakwaan bahawa ada kemungkinan Anthony Loke akan menjadi MB Negeri Sembilan.

“Adakah Asyraf Wajdi benar-benar tidak mengetahui kandungan Akta Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan atau sengaja untuk memilih mengelirukan rakyat demi meraih undi,” soalnya dalam satu perkongsian video.

Abu Hafiz turut mengkritik penggunaan politik berasaskan ketakutan sehinggakan apabila tidak mampu berhujah mengenai dasar, prestasi dan tawaran kepada rakyat, ada pihak memilih memainkan sentimen yang tidak berasaskan fakta.

“Bila sudah tidak mampu berbahas tentang dasar, prestasi dan tawaran kepada rakyat, maka ditimbulkanlah politik yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan isu yang sebenarnya tidak ada asas sama sekali.

“Saya mengajak semua pihak agar berkempen secara lebih berhemah dan bermaruah.

“Bincangkan masa depan ekonomi Negeri Sembilan, peluang pekerjaan, pelaburan, kos sara hidup, dan penyelesaian masalah rakyat

“Bukannya memainkan sentimen yang bercanggah dengan fakta dan undang-undang.

“Sebab itu saya mengingatkan semua berpadalah dalam berkempen dan jangan melampau,” tegasnya lagi.

“Terdahulu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan menegaskan bahawa Setiausaha Agung UMNO itu hanya bermain sentimen apabila mengaitkan DAP dalam isu calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Saya fikir kenyataannya itu mendahului kuasa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang boleh melantik Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Saya kecewa apabila keluar kenyataan sebegitu, sebenarnya, mereka tidak cakap apa yang mahu buat untuk Negeri Sembilan, cuma main sentimen,” katanya pula.

Dalam masa sama, Syahredzan mengulas tentang kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Dato’ Seri Mohamad Hasan yang masih seorang Menteri dalam “kerajaan yang ada DAP” berkenaan persefahaman dibuat dengan rakan yang boleh dipercayai.

Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, kenyataan pemimpin UMNO itu boleh difahami sebagai merujuk kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN).

Malah menurutnya, belum pun menang kerusi dalam PRN Negeri Sembilan, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Dato’ Seri Hamzah Zainudin sudah memberi nama kepada persefahaman antara PN dan BN sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN).

 “Siapa dulu? Perikatan. Menariknya di sini, baru masuk, dia dah nak jadi ketua. Padahal, partinya baru masuk (bertanding).

“Nampaknya BN pun terpaksa jadi nombor dua. Kalau kerjasama PN dan BN ini diteruskan, lama-kelamaan BN akan ditelan oleh PN dan PAS.

“PAS pula sudah ada ‘track record’ bertukar-tukar sokongan, apabila dia lihat pihak ini lemah, dia pergi ke pihak lain, bersikap habis madu sepah dibuang. Macam itulah dia buat pada Bersatu.

“Kalau BN rasa itulah rakan yang boleh dipercayai, saya cuma nak katakan selamat maju jaya sebab PH sudah tahu perangai PAS,” sindirnya lagi.

Nahh! Tidak malukah kalian dengan sikap sombong dan angkuhnya kalian masih lagi mahu memfitnah dan memainkan sentimen perkauman? Hanya kerana demi meraih undi pada PRN Negeri Sembilan yang bakal menjelang 1 Ogos ini.

Senang sungguh kalian mahu membodohkan rakyat dengan hanya melemparkan persoalan dan tohmahan serta fitnah yang tidak berasas sama sekali.

Sebelum ini, bukan main lagi Asyraf Wajdi mendakwa kononnya pihak PH berkempen dengan cara memfitnah.

Namun kini, beliau pula yang berlebihan sehinggakan sanggup memfitnah, sama seperti bak kata pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Sungguh memalukan!

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=rgJ6PGHbmAM&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *