AHLI PAS DIKERAH UNDI MCA, MIC: MURAHNYA AGAMA DEMI BERPOLITIK

Pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon bukan Melayu dari MCA dan MIC pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengundang sindiran tajam daripada pemerhati politik, Fathi Aris Omar.

Arahan itu dibuat sebagai sebahagian strategi PAS untuk menghalang Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP daripada membentuk kerajaan negeri Johor.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, arahan tersebut turut terpakai kepada calon bukan Melayu dari komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

Mengulas sinis pendirian itu, Fathi menyifatkan PAS seolah-olah kini menjadi sebuah parti yang sangat terbuka, pelbagai kaum dan penuh toleransi apabila sanggup mengarahkan penyokongnya mengundi calon MCA dan MIC demi kepentingan politik semasa.

“Tidak sangka PAS sebuah parti begitu terbuka, pelbagai kaum, syumul lagi tasamuh,” sindir pengamal media itu.

Fathi turut membangkitkan ironi apabila PAS dilihat lebih rela mengarahkan penyokongnya memberi undi kepada calon MCA berbanding calon PH seperti Dr Maszlee Malik.

Walhal, ujarnya, calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berkenaan mempunyai latar sebagai tokoh agama dan pernah terlibat dalam gerakan Islam.

“Sampai kalau ada calon MCA dengan ustaz setaraf Dr Maszlee Malik, undi calon MCA dulu.

“Padahal Dr Maszlee itu ahli majlis fatwa dan ahli penting gerakan Islam. Tetapi demi penyatuan ummah, undi juga calon MCA,” ujarnya lagi dipetik Harapan Daily.

Menurut Fathi, pendirian PAS itu memperlihatkan percanggahan besar antara retorik agama yang sering dijual kepada penyokong akar umbi dengan tindakan politik parti berkenaan apabila berdepan kepentingan pilihan raya.

Beliau turut menyindir bahawa di kawasan kampung dan kuliah markas, penyokong sering disajikan dengan retorik keras berkaitan hukum bersekutu atau berwalikan orang bukan Islam.

Namun, dalam realiti politik kini, pendirian itu boleh berubah apabila ia hanya menguntungkan PAS.

“Di ceruk kampung dan kuliah di markas, juallah retorika haroomm kita berwalikan orang kapir.

“Ya Allah, murahnya agama demi berpolitik,” tempelak Fathi lagi.

Justeru, secara ringkasannya, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama dalam PN tetapi PASsuruh ahlinya pangkah MCA, bukan Bersatu?

Malahan, PAS kata nak Melayu bersatu tapi PAS suruh pangkah Cina MCA bukan Melayu PH, Dr Maszlee Malik?

Namun, dalam masa sama, PAS suruh pangkah BN, tapi PAS juga bertanding 11 kerusi di DUN Johor. Jadi, kenapa PAS tidak bertanding terus di Johor?

Tambahan lagi, PAS juga mahu bekerjasama dengan Umno tapi dalam PRN Johor, PAS lawan Umno, mengapa PAS tidak bertanding di Johor?

Selain itu, PAS mahu bekerjasama dengan Umno tetapi isunya sanggupkah PAS beri laluan 10 kerusi untuk Umno di Kelantan dan Terengganu?

Dalam pada itu, PAS juga kata mereka benci DAP tapi mereka tak lawan DAP satu kerusi pun di PRN Johor?

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kata mahu Johor dipimpin orang Melayu tetapi MB Johor, Dato’ Onn Hafiz itu jelas memang Melayu dan bukannya Rohingya.

Di samping itu, Umno juga ada 40 kerusi selesa sebelum ini tetapi kenapa Hadi Awang masih kata nak dipimpin orang Melayu?

PAS turut berkata, mereka lawan DAP sebab DAP tolak undang-undang Islam, tetapi PAS pula menyuruh ahlinya pangkah MCA yang menolak pelaksanaan hukum hudud Islam?

Malahan, PAS juga mendakwa mereka lawan parti yang tolak hukum Islam, tetapi MCA tidak pernah berubah untuk tolak hukum Islam sejak dari dulu lagi hingga sekarang?

Makanya, siapa sebenarnya yang berubah dan diubah? Adakah MCA berubah atau MCA kini akhirnya sudah berjaya mengubah prinsip PAS?

Semakin hari, semakin berbelit dan bercelaru parti yang mendakwa mereka sebagai pejuang agama Islam dan bangsa Melayu.

Semalam kata lain, hari ini buat lain. Esok kata lain, lusa buat lain. Bagaikan lidah biawak yang bermuka-muka.

Nahh! Inilah yang dikatakan sebagai penunggang agama bangsa yang tidak ada sekelumit perasaan malu walau sedikit pun.

Asalkan kuasa masih di tangan mereka tidak kira apa pun yang sudah, sedang dan akan terjadi kelak. Sungguh memalukan!

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=fpVCiCh19Ak&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *