MADANI TERKINI | UBAH SUAI JENDELA GUNA STARLINK, SEL KECIL PERKUKUH LIPUTAN INTERNET 100 PERATUS

Langkah Kementerian Komunikasi melaksanakan pengubah suaian Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dengan memanfaatkan teknologi alternatif seperti Starlink dan sel kecil amat wajar dalam usaha menyasarkan liputan 100 peratus di kawasan berpenduduk.

Walaupun kadar penembusan liputan internet di kawasan berpenduduk sudah mencecah 99 peratus, kemajuan sepantas ini wajar dihargai kerana liputan sebelum JENDELA hanya merangkumi sekitar 91.8 peratus pada akhir 2025.

Bagaimanapun, baki satu peratus yang tinggal paling sukar dicapai kerana lokasinya terpencil, bukit-bukau dan jumlah penduduk yang kecil di sesebuah kawasan terutama di Sabah dan Sarawak.

Menurut Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa di sesetengah lokasi, Starlink dipasang, dan di tempat lain sel kecil dipasang, cukup untuk 40 hingga 50 penduduk.

“Selain itu, kita nampak kita ada masalah. Kalau kita pergi ke banyak rancangan FELDA, dalam rancangan FELDA itu okey, cantik liputannya.

“Tetapi kalau kita keluar, masuk ke jalan, jalan utama yang menghubungkan skim rancangan itu dengan pekan kadang-kadang banyak daripada jalan ini tidak ada talian (liputan).

“Ini agak bahaya, jadi JENDELA akan fokus untuk melengkapkan kawasan-kawasan seperti itu,” katanya dipetik Harapan Madani.

Ini kerana pembinaan menara untuk komuniti sekecil itu memerlukan kos tinggi dan memakan proses yang panjang, manakala penyelesaian alternatif lebih praktikal serta berpatutan boleh dilaksanakan.

Perubahan juga melibatkan peralihan daripada Liputan Kawasan Berpenduduk (COPA) kepada Liputan Kawasan Ekonomi supaya capaian internet menyokong aktiviti ekonomi setempat.

Pendekatan ini penting kerana liputan bermakna jika membolehkan peniaga, petani dan pelajar menggunakannya, bukan sekadar kewujudan isyarat.

Hanya beberapa isu perlu ditangani termasuk kos langganan dan peralatan satelit dapat disesuaikan dengan keadaan geografi dan pemetaan lokasi yang boleh mendapat kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Buat sementara waktu, mungkin kebergantungan kepada satu penyedia asing menimbulkan persoalan keselamatan data dan kesinambungan perkhidmatan.

Jadi kerajaan perlu mempunyai pelan sandaran selain operasi penyelenggaraan sel kecil di lokasi terpencil perlu dipastikan, supaya kualiti liputan tidak merosot dan dapat distabilkan selepas pemasangan.

Keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dan inisiatif JENDELA juga memberi penekanan terhadap kemampuan peranti beroperasi dalam suasana hujan mahupun panas.

Adalah diharapkan dengan kesemua elemen-elemen bagi menyokong peluasan JENDELA yang disenaraikan akan dapat meningkatkan ekonomi digital luar bandar serta memastikan kesaling hubungan digital terus dirancakkan bagi manfaat rakyat dan negara.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=aFA-UVvNh1M&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *