Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan peristiwa hitam13 Mei 1969 yang menjadi antara detik paling gelap dalamsejarah negara akibat perpecahan kaum dan hilangnya rasa hormat antara masyarakat.
Seri Paduka Baginda bertitah bahawa perpaduanmerupakan asas kekuatan negara dan perlu terus dipeliharabagi menjamin kemajuan ekonomi, kestabilan politik sertakeharmonian masyarakat majmuk Malaysia.
“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaumdan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolakansur dan saling hormat-menghormati serta berpegang teguhkepada prinsip Rukun Negara,” titah Baginda dipetik Harapan Daily.
Menurut Sultan Ibrahim, tragedi 13 Mei 1969 berlakuapabila terdapat pihak yang bertindak melampaui batas sehingga menghina pihak lain dan mengabaikan nilai hormat-menghormati yang menjadi tunjang kepada keamanan negara.
“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhankaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Bagindalagi.
Titah tersebut disampaikan sempena Istiadat PengurniaanDarjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempenaUlang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agongdi Istana Negara pada Isnin.
Dalam titah yang sama, Baginda turut mengingatkanbahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 merupakan satu ikrar nasional yang diwujudkan bagimemulihkan perpaduan rakyat selepas tragedi 13 Mei.
Malah menurut Baginda lagi, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara bukan sekadar lafaz yang dibaca di sekolah, tetapi perlu dihayati dan diamalkan dalamkehidupan seharian.
“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsipRukun Negara dan menjadikannya amalan serta garis panduanhidup rakyat Malaysia.
“Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telahdididik untuk membaca ikrar ini,” titah Baginda.
Sultan Ibrahim turut memberikan peringatan tegas bahawasetiap rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untukmenghormati dan mematuhi prinsip yang menjadi asaspembentukan negara.
“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, makadia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titahBaginda lagi.
Titah Yang di-Pertuan Agong itu hadir ketika negara berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan polemikberkaitan isu kaum, agama dan identiti di media sosial.
Selain suasana politik yang semakin memanas menjelangbeberapa pilihan raya yang dijangka berlangsung dalamtempoh terdekat.
Peringatan tersebut dilihat sebagai seruan supaya semuapihak, tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.
Di samping terus mempertahankan semangat perpaduanyang menjadi asas kepada keamanan dan kemakmuranMalaysia sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, turut menitahkansemua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarangkenyataan.
Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik tidak seharusnyamencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitifterutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medanuntuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.
“Elakkan provokasi dan pertikaian mengenai isu sensitifyang berkaitan dengan raja, bangsa dan agama, kerana iaboleh menimbulkan kemarahan rakyat.
“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” titahSeri Paduka Baginda dipetik Harapan Madani.
Daulat Tuanku! JOMChannel menjunjung kasih dan sangat bersetuju dengan peringatan yang telah tegasdititahkan.
Oleh itu, JOMChannel berharap dengan pembubaranDewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan kehadiran PilihanRaya Negeri (PRN) Johor yang bakal tiba, semua ahli politik,tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang mengambilserius dengan peringatan Baginda.
Sekiranya mana-mana pihak mahu memulakan apiperkauman ketika berkempen nanti, semoga tindakan yang sewajarnya akan diambil pihak berkuasa tanpa kompromisekalipun.
Kerana sesungguhnya, permainan sentimen agama dan kaum sudah lapuk dek zaman.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=yoP4kLSlc2Q&ra=m
