ABIM DESAK ERIC SEE-TO MOHON MAAF ISU ‘LIGHAD’

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak pempengaruh media sosial, Datuk Eric See-To atauLim Sian See untuk menarik balik komen yang mengaitkan perkataan ‘lighad’ dengan ‘liwat’.

Di mana ia dibuat sebagai sindiran politik terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

ABIM turut mendesak supaya Eric See-To untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, kritikan terhadap pemimpin politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempermainkan ungkapan daripada ayat suci al-Quran.

Menurutnya, PMX ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat telah membacakan ayat18 Surah al-Hashr yang mengandungi perkataan ‘lighad’.

Di mana ia bermaksud ‘untuk hari esok’ atau sebagai peringatan mengenai persediaan menghadapimasa depan.

“Jika tidak memahami al-Quran, bertanyalah dan pelajarilah. 

“Jangan jadikan kitab suci umat Islam sebagai bahan ejekan politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Fahmi berkata, ABIM mengambil maklum penjelasan Eric bahawa beliau tidak berniatmenghina al-Quran dan mendakwa petikan ayat suci yang tular telah ditambah oleh pihak lain.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penjelasan mengenai sumber dan konteks perkataan berkenaan perlu diberikan perhatian.

Manakala sebarang kesilapan hendaklah diperbetulkan secara bertanggungjawab.

Kontroversi itu turut mencetuskan reaksi beberapa pihak, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini turut mendesak permohonan maaf secara terbuka.

Dalam perkembangan berkaitan, Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi pula memaklumkan, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berhubung hantaran media sosial yang didakwa mempersendakan ungkapan berkaitan ayat suci al-Quran.

Sementara itu, Eric dilaporkan telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis berhubung hantaran berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Perkataan ‘lighad’ bermaksud ‘hari esok’ atau masa hadapan.

Manakala ‘dasawarsa’ yang turut digunakan dalam pembentangan belanjawan itu bermaksud tempoh 10 tahun.

Sehubungan itu, Ahmad Fahmi menegaskan, hak untuk mengkritik pemimpin mesti disertai tanggungjawab menjaga kehormatan agama.

Tanpa mengira kedudukan atau kecenderungan politik mana-mana pihak. 

Isu itu juga memperlihatkan kepentingan memastikan perbahasan politik berlangsung secara matang, berfakta dan tidak menyentuh sensitiviti agama sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

Usaha kerajaan memperkukuh kefahaman agama serta memelihara keharmonian antara kaum dan penganut agama perlu disokong.

Khususnya dengan sikap bertanggungjawab semua pihak ketika menggunakan platform media sosial.

Dalam masa sama, sebarang dakwaan pelanggaran undang-undang wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat secara telus dan adil.

Terutamanya tanpa dipengaruhi kepentingan atau kecenderungan politik.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=bgAWU3cOKUI&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *