AMK: POLITIK ANGKUH JEJAS KERJASAMA JOHOR

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan pendirianBarisan Nasional (BN) yang mahu mentadbir Johor secara bersendirian.

Khususnya tanpa membentuk sebarang kerjasama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai kenyataan yang angkuh dan pramatang.

Menurutnya, landskap politik negara sentiasa berubah dan sebarang keputusan mengenai pembentukan kerajaan hanya wajar ditentukan selepas rakyat membuat pilihan. 

Katanya, keutamaan semua parti seharusnya tertumpu kepada dasar, tawaran dan penyelesaian terhadap isu rakyat.

Bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh dilihat mendahului keputusan pengundi.

Dalam masa sama, Kamil turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak membenarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kemudahan kerajaan negeri di Muar bagi menghadiri program bersama nelayan, petani, usahawan, pendidik dan belia.

Beliau berkata, program tersebut akhirnya terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas penganjur dimaklumkan bahawa kemudahan berkenaan tidak dapat digunakan pada saat akhir. 

Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik didahulukan berbanding semangat kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Malah, Kamil turut mengingatkan bahawa Johor merupakan antara negeri yang menerima perhatian besar daripada Kerajaan Persekutuan sejak 2022 dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM39.1 bilion.

Ia meliputi pembinaan hospital, klinik, institusi pendidikan, projek Johor Bahru–Singapore Rapid Transit System, perkhidmatan ETS, lebuh raya serta pelbagai projek infrastruktur strategik.

Selain itu, katanya, Johor juga merupakan antara penerima terbesar bantuan Sumbangan TunaiRahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Beliau turut menegaskan, pendekatan Kerajaan Persekutuan jelas memperlihatkan komitmen untuk membangunkan Johor tanpa mengira perbezaan politik.

Dengan tumpuan diberikan kepada kebajikan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Menurut Kamil lagi, hubungan yang matang dan kerjasama erat antara kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan amat penting.

Ia bagi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan manfaatnya dinikmati rakyat secara menyeluruh. 

Tambahnya lagi, rakyat kini semakin bijak menilai pemimpin yang mengutamakan kestabilan, kerjasama dan penyelesaian masalah berbanding retorik politik yang boleh menjejaskan usaha memajukan negeri. 

Kerajaan Perpaduan telah membuktikan komitmennya dengan menyalurkan pelbagai peruntukan dan melaksanakan projek berimpak tinggi di Johor tanpa mengira fahaman politik negeri. 

Kamil juga menjelaskan, pendekatan inklusif yang diamalkan Kerajaan Persekutuan mencerminkan keutamaan terhadap kepentingan rakyat berbanding persaingan politik semata-mata. 

Malah katanya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan seharusnya diperkukuhkan agar setiap dasar serta projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 

Beliau menegaskan, rakyat akan memperoleh manfaat yang lebih besar apabila semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan serta kesejahteraan. 

Justeru, rekod pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi, bantuan bersasar dan pembangunan infrastruktur menunjukkan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat termasuk di Johor.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=97OIHfcnku4&pp=0gcJCUwLAYcqIYzv&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *