KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Malam Pesona Media di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur sebagai platform mengeratkan hubungan antara pihak universiti dengan pengamal media.

Majlis yang berlangsung pada pukul 7.45 malam itu menghimpunkan tetamu jemputan, barisan kepimpinan UPSI, wakil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pengamal media.

Majlis turut merangkumi ucapan alu-aluan Pengarah Bahagian Komunikasi Korparat UPSI, Prof Dr. Mohd Izwan Shahril, diikuti ucapan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr. Raja Norsafinas Raja Harun, jamuan makan serta sesi santai dan ramah mesra antara pengurusan universiti dengan media dan peserta SiSMED 2.0.

Penganjuran program berkenaan mencerminkan kepentingan hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi dengan media dalam menyampaikan maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat secara tepat dan berkesan.

Hubungan erat itu juga berpotensi memperkukuh penyebaran maklumat mengenai pencapaian, inisiatif dan perkembangan UPSI, sekali gus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan universiti dalam pembangunan pendidikan negara.

Majlis berakhir dengan sesi bersurai pada pukul 10.30 malam.

Selain menjadi medan mengukuhkan jaringan kerjasama, Malam Pesona Media turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan pertukaran maklumat antara pihak universiti dengan pengamal media bagi memastikan isu serta perkembangan pendidikan tinggi dapat diketengahkan kepada masyarakat secara menyeluruh, telus dan berinformasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *