Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat bukan sekadarpertarungan untuk menentukan kerajaan negeri yang baharu.
Malah menjadi pentas penting bagi Barisan Nasional (BN) menguji kekuatan serta membina momentum politik menjelangPilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, kemenangan besar BN di Johor berpotensi menjadipemangkin kepada usaha gabungan itu untuk mengembalikandominasi politiknya di peringkat Persekutuan.
Menurutnya, strategi utama BN ketika ini adalah membentukgelombang kemenangan yang boleh mempengaruhi sentimenpengundi di negeri-negeri lain sebelum diterjemahkan dalamPRU akan datang.
“Jika BN berjaya mencatat kemenangan besar di Johor dan Negeri Sembilan, momentum itu diharap dapat diperluaskan kenegeri lain termasuk Melaka sebelum membuka laluan untukkembali menguasai Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, matlamat sebenar PRN Johor bukan hanyauntuk mengekalkan atau merampas pentadbiran negeri.
Sebaliknya membina persepsi bahawa BN kembali menjadipilihan utama rakyat selepas berdepan pelbagai cabaran politiksejak 2018.
Bagaimanapun, Sheikh Umar berpandangan bahawa landskappolitik negara ketika ini jauh berbeza berbanding era sebelumini kerana pengundi semakin matang dan membuat penilaianberdasarkan isu semasa serta prestasi pentadbiran.
Malah menurutnya lagi, sebarang perancangan politik yang dirangka di peringkat kepimpinan tidak semestinya dapatditerjemahkan kepada kemenangan mudah di peti undi.
Terutamanya dalam suasana politik yang semakin dinamikdan kompetitif.
Beliau turut menegaskan bahawa Umno sendiri masihberdepan cabaran dalaman termasuk kewujudan beberapakelompok dan fraksi yang boleh mempengaruhi hala tuju sertastrategi parti menjelang pilihan raya.
Justeru, katanya, keputusan PRN Johor bakal menjadipetunjuk penting terhadap kecenderungan politik semasa rakyat dan mampu memberi gambaran awal mengenai corakpersaingan pada PRU akan datang.
Dinamika politik Johor kembali hangat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lalu bagimemberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalamtempoh 60 hari seperti diperuntukkan Perlembagaan Negeri.
Pada PRN kali ini, BN mengambil pendekatan bertandingsecara bersendirian dengan mengumumkan hasrat meletakkancalon di kesemua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Penganalisis berpandangan keputusan yang bakal dicatatkandi Johor bukan sahaja menentukan hala tuju pentadbiran negeri.
Malah berpotensi menjadi kayu ukur kekuatan sebenar parti-parti utama dalam menghadapi pertarungan politik nasionalyang dijangka semakin sengit menjelang PRU akan datang.
Selain persaingan antara BN dan PH, Perikatan Nasional (PN) juga dijangka memainkan peranan penting dalammenentukan pola sokongan pengundi di beberapa kawasanstrategik.
Kehadiran lebih banyak pertandingan pelbagai penjuruberpotensi memecahkan undi sekali gus menjadikan keputusandi beberapa kerusi sukar diramal.
Keadaan itu menjadikan PRN Johor kali ini antara pilihanraya negeri paling signifikan kerana kesannya dijangkamempengaruhi percaturan politik negara menjelang PRU akandatang.
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video:
