Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Mahiaddin Yasin menegaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) perlu berhenti mengelirukan pengundi.
Dengan mengarahkan ahli mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurutnya, pendirian Bersatu sejak dahulu adalah jelas iaitu ahli hanya perlu menyokong calon PN dan tidak mengundi parti lain.
Malah katanya, strategi yang mudah dan konsisten penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi selain memastikan mesej gabungan dapat disampaikan dengan jelas.
Kenyataan itu hadir selepas Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan mengarahkan ahli dan penyokong PAS mengundi calon BN di kawasan yang tidak ditandingi PN bagi mengelakkan perpecahan undi ketika menentang Pakatan Harapan (PH).
Dalam masa sama, penganalisis politik, Hisommudin Bakar berpandangan, episod itu memperlihatkan ketidaksejajaran dalam PN apabila PAS dan Bersatu mengeluarkan pendirian berasingan berhubung strategi pengundian.
Beliau turut menyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang sangat berdisiplin dan ahlinya lazimnya mematuhi arahan kepimpinan.
Namun, katanya, persoalan kini ialah sama ada penyokong Bersatu akan mengikut arahan PAS, atau sebaliknya.
Memandangkan kedua-dua parti dilihat tidak lagi bergerak dengan satu pendirian yang seragam.
Hisommudin turut menjelaskan bahawa keadaan itu boleh menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi.
Khususnya di kerusi-kerusi yang menyaksikan pertembungan antara BN dan PH tanpa kehadiran calon PN.
Beliau berpendapat percanggahan mesej antara parti komponen boleh memberi kesan terhadap tahap keluar mengundi serta pola sokongan penyokong PN.
Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran bahawa gabungan pembangkang masih berdepan cabaran menyelaraskan keputusan strategik dalam menghadapi pilihan raya.
Sedangkan kestabilan pendirian dan kesepakatan antara parti merupakan faktor penting untuk meyakinkan pengundi.
Sebaliknya, Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH dan BN terus menampilkan kerjasama yang lebih tersusun menerusi penyelarasan jentera serta mesej yang konsisten sepanjang kempen.
Justeru, ia sekali gus memperkukuhkan keyakinan bahawa kestabilan politik dan pentadbiran adalah asas penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan.
Penganalisis turut berpandangan bahawa pengundi kini lebih cenderung memilih gabungan yang mempunyai hala tuju jelas serta mampu menawarkan kestabilan politik berbanding terus dibelenggu percanggahan dalaman.
Dalam pada itu, Kerajaan Perpaduan dilihat berjaya mengekalkan kerjasama erat antara parti komponennya melalui pendekatan konsensus dalam membuat keputusan penting.
Sehubungan dengan itu, kesepakatan itu memberi keyakinan kepada pelabur, komuniti perniagaan dan rakyat bahawa pentadbiran negara berada pada landasan yang stabil dalam menghadapi cabaran ekonomi serta kos sara hidup.
Kestabilan politik dianggap faktor penting bagi memastikan segala dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=J2dMekdDXC8&ra=m
