Penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dibuatberlandaskan prinsip negara hukum, Perlembagaan Persekutuan dan nasihat berkaitan.
Dan bukannya atas dasar prasangka atau kebencian.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, peranannya dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan tertakluk kepada undang-undang serta panduan rasmi Peguam Negara.
Manakala keputusan berhubung pengampunan adalah dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Namun, kita tahu juga ini budi bicara wewenang Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
“Dan tentunya (Yang di-Pertuan) Agong harus mengambil kira semua faktor,” katanya dipetik Suara Keadilan.
PMX berkata demikian pada sidang akhbar bersama media Malaysia di Calicut, India sebelum mengakhiri lawatan kerja lima hari ke negara itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, isu pengampunan Najib tidak wajar dilihat dari sudut peribadi.
Sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prinsip undang-undang dan tatakelola negara.
Menurutnya lagi, pertimbangan politik serta pandangan tegas pimpinan UMNO turut diambil kira dalam perkara berkenaan.
Namun beliau memilih untuk melaksanakan tanggungjawab berdasarkan prinsip yang dianggap betul.
“Saya tahu kalau jalan mudah apa dia, jalan susah apa dia, tetapi saya ambil jalan yang saya anggap betul.
“Ikut lunas hukum dan juga apa yang kita anggap penting dari segi semangat tatakelola dan hukumdalam negara,” tegasnya lagi.
Pada 11 September lalu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara.
Keputusan berkenaan turut mendapat reaksi UMNO.
Apabila Presidennya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong serta terus menjunjung institusi Raja-Raja Melayu.
Untuk rekod, Kerajaan MADANI sebelum ini menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap tindakan pentadbiran berteraskan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan integritisistem pentadbiran negara.
Justeru, pendekatan itu selari dengan penegasan Perdana Menteri.
Di mana setiap pandangan yang diberikan dalam Lembaga Pengampunan perlu berasaskan undang-undang, nasihat Peguam Negara dan peraturan yang ditetapkan.
Penjelasan berkenaan turut memperlihatkan pendirian kerajaan untuk membezakan pertimbangan politik daripada tanggungjawab perlembagaan.
Terutamanya dalam mengendalikan perkara berkaitan pengampunan.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu juga menegaskan bahawa keputusan akhir mengenai permohonan pengampunan kekal dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Di mana ia selaras dengan kerangka Lembaga Pengampunan.
Dalam perkembangan berkaitan, PMX turut memaklumkan bahawa cadangan untuk Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meneroka peluang eksplorasi minyak di Maldives akan dibincangkan bersama syarikat minyak dan gas nasional itu.
Beliau turut berkata, pengalaman dan kehadiran Petronas di pelbagai negara boleh menjadi asas untukmeneliti potensi memperluas operasi syarikat berkenaan di republik kepulauan tersebut.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=CRHm0R-p2-Q&ra=m
