Sebanyak RM230 juta diperuntukkan melalui Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dilancarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan sasaran melahirkan 29,000 usahawan wanitabaharu dalam kalangan B40.

Skim bersifat inklusif yang diwujudkan melalui peruntukanyang diumumkan ketika Belanjawan 2026 ini, selari denganmatlamat penubuhan AIM.

Iaitu mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan denganmenyasarkan tujuh kumpulan utama iaitu wanita Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli, komuniti Siam, serta wanita B40 di bandar serta luar bandar.

Ia terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berumur18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah bulanan tidakmelebihi RM5,880 atau pendapatan per kapita tidak melebihiRM1,470, dan ia turut menerima pemohon disenaraihitamatau diisytiharkan muflis.

Skim berkenaan menawarkan pembiayaan bermulaRM3,000 untuk kali pertama hingga RM30,000 melaluikategori Ekonomi: i-Paduri Mesra, i-Paduri Srikandi dan i-Paduri Muda serta maksimum sehingga RM15,000 bagikategori Sosial iaitu i-Paduri Wibawa, i-Paduri Sejahtera, i-Paduri Bestari, dan i-Paduri Penyayang.

Berucap meluncurkan Skim PADURI MADANI AIM itu di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh pada Sabtu, PMX berkata AIM sentiasa dekat di hatinya.

Ia memandangkan peranan penting yang dimainkannyadalam penubuhan badan amanah persendirian itu yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Ikhtiar untuk membanturakyat kurang berkemampuan melalui pemberian pinjamanmikro itu pada 1987.

Katanya, berbanding institusi perbankan yang kebiasannyalebih gemar memudahkan golongan kaya membayar balikpinjaman berbanding golongan miskin, AIM pula adalahsebaliknya apabila kadar faedah pinjaman ditetapkan adalahsangat rendah.

“Orang kaya pinjam bank dikenakan faedah enam peratusnamun orang miskin pinjam dikenakan faedah 10 peratus.

“Ini bagi saya bukan keadilan, menjadikan kita cari ikhtiaruntuk selesaikannya.

“Semasa itu, saya melihat usaha ikhtiar yang dibuat oleh Bangladesh apabila waktu itu saya dengar ada satu gerakankoperasi di sana apabila orang-orang susah ini diberikanpendedahan dan peluang.

“Kemudian kita minta dengan bank untuk kaji dan teliti.

“Tetapi kita tidak ikut jaminan bank sebelumnya kerana jaminan itu faedahnya terlalu tinggi iaitu mencecah 20 ke 25 peratus kerana tidak ada suntikan daripada kerajaan,” katanyadipetik Media Perpaduan.

“Pada majlis itu, tiga individu menerima AnugerahUsahawan Cemerlang Negeri Perak selain pembiayaan Skim PADURIMADANI berjumlah RM3,000 kepada setiapseorang daripada lima penerima yang juga Sahabat Usahawanbaharu AIM bagi Parlimen Tambun.

Turut hadir sama, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk JohanMahmood Merican dan Pengerusi Lembaga PemegangAmanah AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Aljunid.

Ahli Parlimen Tambun itu turut berkata AIM yang menawarkan faedah yang sangat baik kepada pesertanya,disasar menjadi contoh kepada negara lain yang sedangberkembang.

Dengan bantuan modal rendah dapat memberi pulanganbaik sama ada kepada peminjam mahupun kepada ekonomi.

“Ini satu contoh terbaik membantu rakyat miskin. Biar AIM menjadi contoh dan terkenal bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

“Khususnya di negara-negara sedang berkembang iaitumodalnya sedikit namun boleh bagi pulangan yang baik,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Dr Syed Hussian yang juga Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad dalam ucapannya berkata, peruntukan RM230 juta bagi pelaksanaan skim berkenaanadalah yang terbesar pernah diterima oleh AIM.

Dengan menyifatkan untuk setiap RM100 juta yang diterima badan itu mampu melahirkan seramai 15,000 usahawan.

Skim PADURI MADANI ini adalah untuk sahabatusahawan baru yang mahu memulakan atau membesarkanperniagaan.

“Kami yakin dengan sokongan Perdana Menteri dan kerajaan MADANI, maka skim ini akan menjadi pembangkitdalam merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi mikro negara.

“Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri kerana sentiasa menetapkan seluruh sahabat ushawan sebagaikeutamaan dalam usaha membasmi kemiskinan dan menaikkan taraf hidup rakyat. 

“Sewaktu mula menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri bayar kita RM10 juta, kemudian dalam peruntukanBelanjawan 2024 ditambah lagi RM1 juta dan sekarang beliautambah lagi RM230 juta yang mana belum pernah lagi kitadapat macam ini,” katanya pula.

Sementara itu, AIM dalam satu kenyataan berkata sejakdiwujud 39 tahun lalu, pihaknya sudah mengeluarkanpembiayaan dengan nilai RM39.1 bilion membabitkanseramai 1.18 juta peminjam, sekali gus memanfaatkan kepada4.39 juta isi rumah.

Katanya lagi, jumlah Sahabat Usahawa AIM masih aktifsetakat ini adalah seramai 317,886 orang manakala AIM terusmengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) pada 0 peratus.

Untuk rekod, bagi tempoh antara Januari sehingga April 2026, prestasi pembiayaan AIM sangat memberangsangkandengan jumlah pembiayaan yang dikeluarkan adalah sebanyakRM1.07 bilion kepada 131,105 orang peminjam.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=aC55CWiQoaE&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *