Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) bertemakan ‘Kekal Harapan’ yang menggariskan 10 komitmen utama bagi meneruskan agenda pembangunan negeri secara stabil, inklusif dan mampan.
Manifesto itu dilancarkan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun bersama Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman.
Antara fokus utama manifesto ialah mengekalkan kerajaan yang stabil, bersih dan mesra rakyat.
Di samping memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi.
Selain meningkatkan akses pendidikan berkualiti serta membina 20,000 rumah mampu milik di samping menyelesaikan isu tanah.
Tawaran itu turut memberi penekanan kepada pembangunan belia, wanita dan keluarga, pemerkasaan sektor pelancongan serta warisan Adat Perpatih.
Selain itu, pembangunan bandar, luar bandar dan FELDA, pertanian moden, infrastruktur strategik, perkhidmatan kesihatan serta pengukuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Tambahan lagi, PH turut beriltizam menjayakan lima projek berimpak tinggi dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.
Ia termasuk pembangunan Seremban Sentral, peningkatan kekerapan perkhidmatan komuter Seremban-Kuala Lumpur, Hospital Bandar Enstek, Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson dan Lebuh Raya Pintasan Senawang-Port Klang.
Aminuddin turut berkata, manifesto itu bukan sekadar menawarkan janji baharu.
Sebaliknya meneruskan dasar yang telah membuahkan hasil sepanjang pentadbiran PH.
Antaranya pencapaian rekod pelaburan tertinggi negeri, pewujudan ribuan peluang pekerjaan, pengukuhan kebajikan rakyat, pembangunan infrastruktur serta kedudukan kewangan negeri yang kukuh.
Menurutnya lagi, PH turut menyasarkan Negeri Sembilan muncul sebagai negeri paling seimbang pembangunannya di Malaysia menjelang 2045.
Dengan mengambil inspirasi pembangunan wilayah Hokkaido di Jepun tanpa mengabaikan identiti dan warisan tempatan.
Pada masa sama, manifesto itu menegaskan komitmen untuk memperkukuh syiar Islam sebagai agama Persekutuan dan memperkasa institusi Islam negeri.
Di samping memelihara kebebasan beragama serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memperluaskan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) 2.0 sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi berteknologi tinggi dan berimpak tinggi.
Selain itu, pembangunan NS Semiconductor Valley serta Nilai Advanced Photonic AI Manufacturing City akan dipercepat bagi menarik lebih banyak pelaburan strategik dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Dalam pada itu, manifesto itu turut menjanjikan penambahbaikan Skim Sejahtera Rakyat menerusi peningkatan kadar bantuan tunai secara sekali bayar kepada golongan yang layak.
PH juga komited memperkukuh bantuan pendidikan melalui penambahbaikan Biasiswa Anak Negeri, Bantuan Anak Sekolah dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
Bagi golongan belia pula, Tabung Usahawan Belia dan Program Kepimpinan Belia akan diperkasakan bagi melahirkan lebih ramai usahawan serta pemimpin muda.
Dalam sektor pertanian, kerajaan negeri akan melaksanakan Pelan Pertanian Pintar dan memperluaskan Program Petani Muda bagi meningkatkan produktiviti serta keterjaminan bekalan makanan.
Manifesto itu turut memberi jaminan pembangunan yang lebih seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar supaya manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat.
Sehubungan dengan itu, PH juga menyatakan semua komitmen tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kemampuan kewangan negeri serta kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan.
Selamat maju jaya buat PH dan semoga semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt In Shaa Allah Aamiin Aamiin yra.
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=TpNrnazpI-Q&ra=m
