Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas
Negara menanggung kerugian sehingga RM64 bilion setahun akibat penyakit tidak berjangkit (NCD), termasuk kos rawatan langsung dan kehilangan produktiviti pekerja.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu berpunca daripada beban penyakit seperti serangan jantung, strok, kanser, kencing manis, obesiti dan tekanan darah tinggi yang merupakan penyebab utama kematian pramatang di negara ini.
“Setiap tahun kita belanja RM64 bilion, sama ada kos rawatan langsung mahupun tidak langsung seperti kehilangan produktiviti pekerja kerana cuti sakit, tidak dapat bekerja, dan kematian pramatang. Ia memberi kesan besar kepada ekonomi negara,” katanya.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=7sV4u1kc0Tc&ra=m
