Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kelima
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan menarik balik kenyataan kontroversi ‘munafik’ selewat-lewatnya esok.
Johari berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Hansard Dewan Rakyat. Takiyuddin boleh menarik balik kenyataan berkenaan sama ada di dalam Dewan atau melalui surat bertulis kepada Speaker.
Arahan itu mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim bangkit mempertahankan Takiyuddin, sehingga mencetuskan pertikaman lidah dengan Johari.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=bjAv-lhUcBA&ra=m
