Dakwaan bahawa Kerajaan MADANI melonggarkan kawalan terhadap aktiviti perjudian atau meluluskan lesen baharu di Kedah ditepis Kementerian Kewangan (MOF).

Dan malah menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai mengelirukan.

Dalam kenyataan pada Khamis, MOF berkata penjelasan itu perlu dibuat bagi menjawab gambaran yang didakwa timbul daripada kenyataan Sanusi berhubung isu lesen premis perjudian di negeri berkenaan.

Menurut kementerian itu, Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan premis perjudian di Kedah.

Sebaliknya, jumlah lesen dan permit perjudian yang masih berkuat kuasa adalah berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak tahun 1990-an.

“Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu.

“Jumlah lesen dan permit yang berkuat kuasa kekal berdasarkan jumlah kelulusan lesen sedia ada sejak tahun 1990-an,” menurut kenyataan itu dipetik Harapan Daily.

MOF turut menjelaskan bahawa tidak pernah ada keputusan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh pentadbiran 2020 hingga 2022, yang turut melibatkan PAS untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Isu kekerapan cabutan khas turut disentuh kementerian itu, dengan MOF berkata jumlah cabutan khas pernah diturunkan daripada 22 kepada lapan kali setahun sebelum ditingkatkan semula kepada 22 kali setahun ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, selepas Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022, keputusan terawal kerajaan ketika itu adalah membatalkan peningkatan berkenaan dan mengembalikan kekerapan cabutan khas kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023.

Penjelasan tersebut dilihat menjadi jawapan langsung terhadap polemik yang tercetus selepas Sanusi mengaitkan kerajaan Persekutuan dengan isu aktiviti perjudian dan lesen premis perjudian di Kedah.

Sehubungan dengan itu, MOF berkata kerajaan terus mengenakan syarat ketat terhadap pemegang lesen sebagai sebahagian daripada langkah mengawal aktiviti perjudian berlesen.

Kementerian itu turut menegaskan pendekatan Kerajaan MADANI adalah untuk mengehadkan aktiviti perjudian berlesen, memperketat kawal selia serta memperhebat tindakan terhadap aktiviti perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian.

Menteri Besar Kedah tidak sepatutnya melemparkan kecaman terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung isu lesen perjudian kerana perkara itu tertakluk kepada undang-undang Persekutuan yang sudah wujud sejak lebih 60 tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, kalau dulu tarbiyah PAS sering dikaitkan dengan adab, akhlak dan disiplin berjemaah, kini lain pula halnya.

Seorang pengguna Threads, al.amiriy mendakwa beliau mengikuti tarbiah PAS sejak kecil dan masih mengingati bagaimana politik beradab serta soal akhlak sangat ditekankan oleh pimpinan terdahulu.

Namun, beliau mula tertanya-tanya apa sebenarnya sudah berlaku apabila menyaksikan perubahan nada sebahagian pimpinan PAS hari ini yang disifatkannya semakin kasar dan terlalu mudah menggunakan bahasa kesat.

“Saya telah ikuti tarbiah PAS sejak kecil. Politik adab dan akhlak sangat ditekankan oleh pimpinan terdahulu.

“Tapi kenapa pimpinan hari ini mulut dan bahasa terlalu buruk? Apa yang berlaku?” tulisnya yang turut meraih perhatian warganet.

Beliau turut membandingkan suasana politik PAS hari ini dengan era Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyaksikan keceloparan melampau seperti sekarang.

Malah, beliau juga berkongsikan tangkap layar kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menggunakan perkataan “kepala bana”.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula selamba mengucapkan kata “celaka”.

Turut pernah mengejutkan orang ramai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud yang turut menyebut tentang “main punggung”.

Susulan hantaran ahli PAS berkenaan, pelbagai reaksi termasuk daripada mereka yang mendakwa pernah rapat atau menyokong parti itu membanjiri ruangan komentar.

Bahkan, seorang sasterawan tanahair terkenal yang pernah menyokong PAS turut meluahkan isi hatinya.

“Saya pun PAS dulu. Sekarang dah tak ada tarbiah yang waras. Yang ditekankan wala dan ekstremisme saja,” tulis Dr Faisal Tehrani.

Seorang lagi pengguna, theaorta88 turut menyindir keadaan itu dengan mengatakan orang PAS sekarang mempunyai kebolehan luar biasa apabila mampu mencarut dan bertakbir dalam satu nafas.

Ada juga yang memilih nada lebih serius dengan mengingatkan bahawa setiap bait kata akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Dalam masa sama, pengguna lain mempersoalkan bagaimana parti yang membawa nama Islam boleh pada masa sama dilihat begitu selesa dengan budaya maki hamun dan bahasa kasar.

Sangat menyedihkan menyedihkan apabila parti yang mendakwa mereka sebagai pejuang agama menunjukkan contoh yang ‘jauh panggang dari api’ dengan ajaran sebenar agama Islam.

Dengan bersarungkan jubah dan berserban serbi, mereka ini dilihat lebih lantang mengeluarkan kata-kata kesat daripada idea bernas serta hanya bijak menunggang agama hanya demi kepentingan politik mereka.

Sungguh memalukan!

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=wWq1NKZafUw&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *