MADANI TERKINI | TUNKU NADZARUDDIN BUKAN YANG DI-PERTUAN BESAR KE-12


Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Itulah nasib Tunku Nadzaruddin yang ditabalkan di sebuah lobi hotel di Melaka baru-baru ini.

Beliau bukan sahaja tidak sah sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bahkan kehilangangelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

Istana Negeri Sembilan menegaskan bahawa istiadat yang didakwa sebagai Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu adalahtidak sah dan tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat negeri itu.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Dato’ Azizi Mohamad Ali berkata, sebarang gelaranYang di-Pertuan Besar yang cuba diambil menerusi majlis berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasaatau pengiktirafan.

“Adalah dimaklumkan bahawa majlis yang dikatakan sebagai ‘Istiadat Pemasyhuran’ Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun 2026 adalah tidak sahserta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

“Oleh itu, gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibniAlmarhum Tuanku Ja’afar adalah tidak berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat susulan satu majlis di sebuah resort di Alor Gajah pada Jumaat lalu yang menyaksikan Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Pemasyhuran tersebut diisytiharkan dalam satu majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ MaarofMat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Bagaimanapun, Azizi menegaskan bahawa istiadat tersebut tidak mempunyai sebarang pengiktirafanrasmi di sisi Perlembagaan Negeri Sembilan, undang-undang mahupun adat istiadat yang menjadi asasinstitusi diraja negeri itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan menerima gelaran yang tidak sah itu membawa implikasiterhadap kedudukan Tunku Nadzaruddin sendiri.

“Dengan cubaan menerima gelaran yang tidak sah itu, dengan sendirinya Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum inidisandangnya,” tegasnya lagi dipetik Harapan Daily.

Sehubungan itu, menurut beliau, kini tiada lagi penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar, Putera Yang Empat Negeri Sembilan.

Kenyataan Istana Negeri Sembilan itu sekali gus menolak kesahihan majlis pemasyhuran yang berlangsung di Melaka selain menegaskan bahawa gelaran Yang di-Pertuan Besar yang diumumkandalam majlis tersebut tidak mempunyai sebarang kesan dari sudut perlembagaan dan undang-undangnegeri.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=WeabprfIGZE&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *