Peruntukan Kementerian Pendidikan sehingga RM10 juta bagi membekalkan bahan bacaan berkualitikepada semua prasekolah di seluruh negara adalah langkah memperkukuh budaya membaca dan pembelajaran sejak usia muda.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusankementerian membina ekosistem ilmu yang kukuh melalui pemerkasaan perpustakaan sekolah, pusatsumber pendidikan serta pelbagai program galakan membaca.
“Budaya membaca perlu dipupuk sejak peringkat awal pendidikan bagi memastikan kanak-kanakmembesar dalam persekitaran yang menggalakkan penerokaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
“Justeru budaya membaca ini mesti bermula daripada umur yang lebih muda,” katanya dipetik Media Perpaduan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Antarabangsa Kepustakaan, Terjemahan dan Kecerdasan Buatan (LiTr.AI) 2026 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Rabu.
Beliau mewakili Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan somposium itu.
Pada sambutan Hari Guru 16 Mei lalu, Fadhlina dilaporkan berkata, sebanyak RM10.5 jutadiperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.
Fadhlina berkata, selaras usaha itu, kementerian turut memperkenalkan segmen ‘Baca Bersama’ dalamkurikulum baharu prasekolah yang mula dilaksanakan tahun ini bagi memupuk minat membaca dalamkalangan kanak-kanak.
Selain itu, menurut Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, KPM memperkenalkan segmen ‘PAKAT’ yang menggalakkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan sekolah dalam membudayakan amalan membaca.
“Usaha memperkukuh budaya ilmu tidak hanya bergantung kepada penyediaan bahan bacaan.
“Sebaliknya memerlukan ekosistem yang membolehkan masyarakat membaca, berfikir, berdialog dan terus menimba ilmu.
“Justeru akses kepada bahan bacaan berkualiti dan pembangunan budaya membaca perlu bergerakseiring bagi melahirkan masyarakat berilmu serta berdaya saing,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fadhlina turut berkata, perpustakaan dan bidang penterjemahan memainkan perananpenting dalam pembangunan tamadun serta penyebaran ilmu kepada masyarakat.
“Perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan bagi memperkukuhekosistem ilmu negara tanpa mengabaikan kepentingan bahasa dan budaya tempatan.
“Penganjuran LITRAI 2026 membuktikan ekosistem ilmu negara mampu menjadi medan pertemuanantara sarjana dan pengamal industri dalam usaha membangunkan teknologi yang berteraskan bahasa dan budaya setempat.
“Saya berharap simposium ini menjadi medan percambahan idea dan perkongsian pengalaman yang dapat membantu memperkukuh masa depan dunia kepustakaan, penterjemahan dan kecerdasan buatan,” jelasnya.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=7xHWTDZ3bg4&ra=m
