MADANI TERKINI | RASUAH ANTARA TIGA ANCAMAN UTAMA DIKENAL PASTI ALLAHYARHAM TUN RAZAK

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ancaman rasuah dikenal pasti antara tiga cabaran utamanegara oleh Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sekitar era 1970-an dan iamasih relevan sehingga kini.

Perdana Menteri berkata, tiga ancaman dikenali sebagai ‘3C’ itu merangkumi komunisme(communism), ideologi atau pegangan politik (communalism) dan korupsi atau rasuah (corruption).

Meskipun ancaman komunisme bersenjata seperti dihadapi negara ketika itu sudah tidak lagi berlaku, namun tegas PMX, ancaman berkaitan fahaman asing, sentimen perkauman dan rasuah masih perludiberikan perhatian.

“Yang ketiga, bayangkan tahun 70-an, Tun Abdul Razak menyebut ancaman ketiga yang bahaya baginegara (ialah) corruption (korupsi). Itu ‘3C’,” katanya dipetik Harapan Madani.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mengenai Negarawan Tun Abdul Razak ‘Arkitek Pembangunan Negara Bangsa’ di Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Tun Abdul Razak ketika itu turut mengingatkan golonganmuda agar tidak menganggap rasuah sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan mereka.

Malah katanya lagi, Bapa Pembangunan itu memahami anak muda pada ketika itu lantang menentangrasuah kerana mereka belum berdepan dengan kedudukan atau kuasa yang membuka ruang kepadaamalan tersebut.

“Kamu semua sekarang anak muda menentang rasuah. Menolak dengan keras sebab tak ada orang nak rasuah kamu, tapi sebaik jadi nanti (ada jawatan), masa itu dah mula kendur (goyah),” ujarnya lagi ketikamengimbau semula pesanan Allahyarham.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, pesanan tersebut kemudiannya dibawa beberapa penceramah keuniversiti-universiti dalam usaha memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai bahaya perbuatanrasuah.

Tambahan lagi, beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai antara pesanan Allahyarham yang mampu merentasi zaman dan kekal mempunyai kaitan dengan cabaran negara pada masa kini.

“Communalism (komunisme) masih tebal. Dan corruption masih menjadi salah satu masalah besar,” tegasnya.

Beliau juga menambah, generasi muda khususnya perlu memahami perjuangan membina negara bukan sekadar mengenai pencapaian sejarah.

Sebaliknya memerlukan penghayatan gagasan serta penerimaan terhadap pesanan tokoh terdahulu.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=ptYFLKSdZfc&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *