MADANI TERKINI | PENDEKATAN DIPLOMASI DIPILIH TANGANI ISU PELARIAN MYANMAR

Malaysia memilih pendekatan diplomasi dengan Myanmar bagi menangani isu pelarian dari negara itu.

Biarpun kini berdepan kecaman dan kritikan antarabangsa terhadap pendirian kerajaan dalam menangani perkara berkenaan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu diambil bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan selepas pelbagai teguran dan kecaman terhadap Myanmar sejak sekian lama tidak membawa perubahan ketara terhadap dasar negara itu.

“Jadi bila saya undang Presiden Myanmar (Min Aung Hlaing) datang, matlamatnya apa?

“Sebab dua pertemuan saya sebelum itu, minta beliau menyederhanakan sikap beliau.

“Kalau tidak, dah 20 tahun, 30 tahun kita marah, tidak ada kesan.

“Tidak ada perubahan dari segi dasar.

“Dan orang-orang di Rakhine, di Rohingya itu terus terbeban dan terseksa.

“Jadi 200,000 lari ke sini. Kita pun terbeban.

“Sentimen rakyat, termasuk orang Melayu, sudah mula marah,” katanya dipetik Harapan Madani.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana pada Rabu.

Majlis itu turut menampilkan pendakwah terkenal dari Indonesia iaitu Ustaz Dr Abdul Somad Batubara sebagai tetamu.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=Yh6IJ0LL8Jo&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *