Sebanyak tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) mengalamikerugian 100 peratus, dedah Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Menteri Kewangan II ketika menggulung perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait TH berkata, TH juga terpaksa menanggung kerugian dianggarkan hampir RM13 bilion disebabkan14 pelaburan bermasalah itu.
Malah menurutnya, punca utama masalah ini disebabkan salah laku kewangan dan pelaburan.
“Kerugian ini tidak berlaku tiba-tiba dalam penyata akaun, sebaliknya keputusan pelaburan kepimpinan terdahulu.
“Perakaunan umpama termometer. Ia hanya tunjuk anda demam. Sembunyikan termometer tidak menyembuhkan demam anda.
“Yang mesti dirawat ialah penyakitnya, pelaburan yang hilang nilai, risiko yang tidak terkawal tanpa proses membuat keputusan yang lemah,” katanya dipetik Harapan Madani.
Menerusi penggulungannya, Amir Hamzah turut memberikan contoh satu daripada tujuh pelaburan TH yang telah rugi 100 peratus.
Tambahnya lagi, kerugian terbesar dihadapi TH membabitkan pelaburan Al-Rawda di Arab Saudi.
“Melalui perjanjian pajakan 2015 sehingga 2017, TH membayar 1.4 bilion Riyal atau RM1.5 bilion kepada orang tengah untuk memajak empat hotel di Madinah dan Makkah bagi penginapan jemaah haji.
“Orang tengah tersebut sepatutnya mengendalikan keempat-empat hotel dan berjanji membayar sewa2.49 bilion Riyal kepada TH. Malangnya, bayaran tersebut gagal dilunaskan,” ujarnya lagi.
Amir Hamzah turut mempersoalkan kepimpinan TH pada waktu itu yang dilihat berani membuatbayaran pendahuluan dengan jumlah besar melebihi RM1.5 bilion.
“Jaminan pelaburan yang disandarkan hanya sekeping nota janji peribadi. Sebagaimana rekod RCI menyatakan, Jabatan Pengurusan Risiko TH ada meminta jaminan bank tetapi Al-Rawda gagal sediakan.
“Laporan ‘due diligence’ (semakan terperinci) juga tidak lengkap. Namun kepimpinan TH tetap meneruskan urus niaga bersandarkan nota jaminan tersebut. Lebih RM1.5 bilion wang umat Islam dipertaruhkan tanpa cagaran bernilai,” jelasnya.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=VZOdeZZUzok&ra=m
