WUJUD USAHA DARI LUAR MAHU JEJAS KEPENTINGAN NEGARA?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud usaha dari luar yang bekerjasama dengan kelompok dalam negara ini, menggunakan dana dan pengaruh untuk menjejaskan kepentingan kerajaan dan negara.

Perdana Menteri berkata, usaha daripada pihak tertentu itu hadir susulan kelantangan suara rakyat serta kerajaan dalam menentang keganasan rejim Israel.

Di mana ia terkait isu rakyat Gaza dan Palestin serta yang terkini, isu serangan ke atas Iran.

“Saya hanya boleh beri jaminan kita tentu waspada. Kewaspadaan dan kesiapsiagaan itu perlu.

“Menganggap bahawa semuanya teratur dan terselamat itu suatu kelemahan besar dalam pemikiran kita.

“Jadi, sebab itu soal kedaulatan negara, maruah rakyat, itu bagi kita harus ada kesepakatan walaupun sama-sama tahu akan risikonya,” katanya dipetik Media Perpaduan.

PMX berkata demikian dalam ucapan penggulungan usul mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohd Khalid Ismail yang mengesahkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Mohd Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata, siasatan berkenaan membabitkan seorang individu berpengaruh tempatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi media antarabangsa.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam kes yang dikaitkan itu tentunya memerlukan siasatan yang rapi, memandangkan ia sangat membimbangkan.

“Dalam negara kita, pada peringkat awal merdeka memang ada ancaman Komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan juga menerima bantuan sisipan daripada luar yang dibantah oleh rakyat sehingga menewaskan mereka.

“Maka jangan ada kemungkinan-kemungkinan begitu berlaku yang akan mengancam keselamatan negara kita,” ujarnya lagi.

Mengulas serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, PMX berkata, Malaysia juga menggunakan hubungan baik diplomatiknya termasuk dengan Rusia dan China untuk terus mendesak supaya serangan ganas dan zalim ke atas Iran dihentikan.

“Setakat ini, kenyataan-kenyataan sudah dikeluarkan oleh kedua-dua negara, Rusia dan negara China.

“Kita akan membantu walaupun saya dengan tawaduk menyatakan ada keterbatasan kita.

“Pertama, kerana kita tidak mahu ada hubungan apa pun dengan Israel. Keduanya, kita tahu keupayaan kita mungkin tidak terjangkau ke arah itu.

“Tetapi apa juga cara lain, sama ada melalui ASEAN ataupun negara-negara Islam, OIC dan juga hubungan baik kita dengan negara Arab, apa saja yang perlu kita lakukan, kita sentiasa akan berikan kerjasama,” jelasnya.

Menyentuh usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Asia Barat, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pihak kedutaan sudah bertugas sepenuh masa untuk mencari jalan terbaik bagi membawa mereka keluar.

“Pertama, yang mahu pulang itu akan diuruskan penerbangan, walaupun masih belum dapat laluan lagi kerana kawasan itu tidak dianggap kawasan selamat, ini zon perang.

“Yang dibolehkan beberapa penerbangan dari Arab Saudi. Itu pun melalui Turkiye, melalui Asia dan kembali ke sini (Malaysia) dengan kos jauh lebih tinggi.

“Tetapi keputusan kita ialah mencari jalan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang, biarpun penerbangan di (negara) Teluk itu masih terhalang.

“Saya tidak boleh beri jawapan lebih daripada itu sehingga keadaan lebih reda. Tapi mereka (rakyat kita di sana) dipantau.

“Sebahagiannya itu menyerbu (dan) duduk di kedutaan, agak terbatas.

“Ada beberapa kedutaan itu agak sesak kerana mereka menerima anak-anak Malaysia yang merasakan perlu perlindungan di kedutaan,” katanya lagi.

Syabas dan tahniah, kerajaan Madani! Terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan para Jemaah Menteri yang bertungkus-lumus menjalankan tugasan dan bekerja dengan penuh tanggungjawab demi rakyat dan negara tercinta.

Teruskan usaha dan kerja kalian mengemudi negara, membaikpulih ekonomi yang kini semakin memberangsangkan dan mengembang dengan baik hari demi hari.

Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu menyokong dan mendukung usaha baik kerajaan mengharumkan nama dan membawa Malaysia ‘terbang’ bersama sinar yang memukaukan di persada dunia.

Di samping mencari pengkhianat negara hingga ke lubang cacing sekalipun dan mengambil tindakan yang setimpalnya terhadap pihak yang terlibat mahu menjahanamkan kestabilan serta kepentingan negara, secara langsung ataupun tidak.

 

Pautan Video: WUJUD USAHA DARI LUAR MAHU JEJAS KEPENTINGAN NEGARA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *