Ketika pakar-pakar ekonomi ‘atas pagar’ sibuk meramal Malaysia bakal berdepan krisis tenaga ekoran pergolakan dunia di Selat Hormuz, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim senyap-senyap membuktikan apa itu maksud sebenar diplomasi keramat MADANI.
Bukan kaleng-kaleng. Dua berita besar yang keluar serentak dari Rusia dan Turkmenistan ini bukan sahaja menepis segala keraguan.
Malah mengesahkan satu perkara iaitu PMX ialah seorang‘master strategist’ di pentas global.
Di kala Selat Hormuz sedang bergolak, 70% import minyak kita sebelum ini terancam.
Penentang kerajaan dah mula canang cerita rakyat bakal bergelap atau harga minyak bakal melambung.
Namun, apa PMX buat? Beliau terbang terus ke Kazan, Rusia dan duduk empat mata dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, salah seorang manusia paling berkuasa di dunia.
Hasilnya? Rusia rasmi beri jaminan bekalan minyak dan diesel kepada Malaysia selama 20 tahun!
Ini bukan perjanjian biasa. Ini adalah pengiktirafan politik tahap tertinggi. Putin tidak akan beri komitmen dua dekad kepada pemimpin yang “biasa-biasa”.
Rusia melihat Malaysia di bawah PMX sebagai rakan strategik yang stabil dan berani.
Keputusan ini menoktahkan terus kegusaran keselamatan tenaga negara untuk generasi akan datang dan rakyat boleh tidur lena.
Sambil menyelam minum air, diplomasi MADANI melebarkan sayapnya ke Turkmenistan.
Hasil hubungan erat dan reputasi bersih yang dibawa PMX, Petronas diberi kepercayaan mutlak untuk terlibat dalam pembangunan antara medan gas terbesar di dunia.
Kenapa ini kejayaan besar? Industri minyak dan gas global ini penuh dengan persaingan jerung gergasi dari Barat dan Arab.
Realitinya, Turkmenistan memilih Petronas (Malaysia)dan maka, ini bukti “rezonansi” kepimpinan Perdana Menteriyang dihormati di negara-negara Asia Tengah.
Petronas bukan sekadar cari makan di luar, tapi kita bawa balik kekayaan tenaga jangka panjang untuk kemakmuran rakyat Malaysia.
Diplomasi MADANI sebelum ini sering dituduh retorik.
Tetapi hari ini, retorik itu bertukar menjadi minyak, diesel, dan gas yang akan menggerakkan ekonomi kita untuk berpuluh tahun ke depan.
Di saat negara jiran bertungkus-lumus mencari alternatif tenaga, Malaysia di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah mengunci bekalan dari dua gergasi tenaga dunia (Rusia & Turkmenistan).
Justeru, inilah yang dinamakan sebagai penebat krisis global serta pandang ke hadapan.
Dalam pada itu, kedaulatan ekonomi kita juga terjamin.
Ini kerana, kita tidak lagi tunduk atau bergantung kepada satu-satu laluan bekalan sahaja.
Kebergantungan 70% di Selat Hormuz kini diimbangi dengan jaminan terus dari Rusia.
Maka, ianya jelas bahawa ini bukan soal politik kepartian lagi tetapi ini soal kelangsungan hidup negara (‘national survival’).
Sehubungan dengan itu, jutaan tahniah dan syabas buat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Kerajaan Madani.
Hanya pemimpin yang mempunyai pengaruh antarabangsa yang tulen, kebijaksanaan berunding serta karisma peribadi seperti Ahli Parlimen Tambun itu yang mampu mengetuk pintu Kremlin.
Selain disambut hormat di Asia Tengah dan membawa pulang jaminan keselamatan tenaga selama 20 tahun.
Suka atau tidak, PMX telah membuktikan bahawa di bawah payung MADANI, Malaysia tidak lagi sekadar menjadi ‘pemerhati’ di pentas dunia, tetapi kini menjadi pemain utama yang disegani global.
Ekonomi kita selamat, masa depan tenaga kita terjamin!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=cVuc2_0JnqU&ra=m
