HADI KE MELAKA, NETIZEN PERSOAL KEHADIRAN DI PARLIMEN

Niat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Suffi Kamari memuji Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai “ulama” bertukar menjadi ruang netizen mempersoalkan rekod kehadiran pemimpin itu di Dewan Rakyat.

Suffi menerusi hantaran di Threads memuji kehadiran Abdul Hadi pada Majlis Makan Malam Amal PAS Melaka.

Termasuk nasihat yang disifatkan mampu menyuntik semangat kepada jentera parti.

Bagaimanapun, ruangan komen dipenuhi sindiran terhadap Abdul Hadi kerana didakwa lebih mudah menghadiri program politik berbanding persidangan Parlimen.

Antara komen yang mendapat perhatian ialah persoalan sama ada Abdul Hadi boleh hadir ke Melaka tetapi sukar hadir ke Parlimen.

Selain gesaan supaya beliau menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Untuk rekod, isu itu kembali menjadi perhatian apabila rekod kehadiran Abdul Hadi dalam persidangan Dewan Rakyat turut dipersoalkan netizen.

Antaranya termasuk dakwaan beliau hanya hadir dua daripada 20 hari persidangan pada Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat 2026.

Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata PAS masih membincangkan pendekatan politik terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Di mana ia termasuk menilai kekuatan UMNO di negeri tersebut.

Beliau juga berkata, strategi PAS bersifat fleksibel mengikut keadaan politik setiap negeri.

Sambil memberi contoh pendekatan parti itu di Johor dan Negeri Sembilan.

Abdul Hadi turut menegaskan ahli PAS perlu mematuhi keputusan yang ditetapkan kepimpinan melalui syura dan mesyuarat parti.

Termasuk dalam menentukan hala tuju politik menghadapi pilihan raya akan datang.

Justeru, perkembangan itu menjadikan isu kehadiran Abdul Hadi bukan sahaja perhatian netizen.

Malah berpotensi menjadi bahan politik menjelang persiapan menghadapi PRN Melaka. 

Dalam konteks pentadbiran negara, kerajaan Persekutuan pula terus memberi tumpuan kepada usaha.

Untuk memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat tidak terjejas walaupun berdepan persaingan politik yang semakin sengit.

Kerajaan juga dilihat konsisten menggunakan ruang Parlimen untuk menjelaskan dasar, menjawab persoalan rakyat serta membahaskan isu berkepentingan awam secara terbuka melalui proses demokrasi.

Pendekatan tersebut penting bagi memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuh institusi Parlimen dan memastikan suara rakyat dibawa keDewan Rakyat.

Pada masa sama, tumpuan kerajaan terhadap agenda ekonomi, kos sara hidup, pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan berbanding polemik politik kepartian.

Perdebatan mengenai kehadiran Ahli Parlimen juga sewajarnya menjadi peringatan bahawa mandat rakyat membawa tanggungjawab besar.

Ia termasuk menghadiri persidangan dan mengambil bahagian dalam proses menggubal dasar serta undang-undang negara.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=DRDM9RVXpMA&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *