GURU PONDOK TEGUR ISU SOKONG PAS BOLEH MASUK SYURGA

Kenyataan kontroversi pemimpin PAS yang mengaitkan sokongan kepada parti itu boleh masuk kesyurga terus mengundang kritikan ramai pihak, termasuk golongan agamawan dan ulama pondok.

Terbaharu, Guru Pondok Ma’ahad Ibn Sunni Ittifaqul Masya’iq, Tuan Guru Abdul Rahim Abdul Rahman tampil menegur kenyataan tersebut.

Beliau menyifatkan ia sebagai kata-kata yang tak bersanad, tak bersandar kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

“Baru-baru ini, ada orang yang mengatakan bahawa pangkah PAS, masuk syurga.

“Jadi saya nak tanya ada nas al Quran ke, ada dalam hadis Nabi ke, ada dalam kitab ke?

“Sedangkan di Patani bukan ada PAS. Neraka habis ke orang Patani ni?

“Orang Indonesia tak ada PAS. Di Mekah tak ada PAS, PAS ini di Malaysia ja. Masuk neraka habis.

“Itu maknanya ia kata-kata yang tak bersanad, tak bersandar Kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW,” tegasnya dalam rakaman video dikongsikan YADIM.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa parti politik dan demokrasi hanyalah wasilah atau jalan untuk mengembangkan Islam, bukan penentu syurga dan neraka.

“Parti ini, kepartian ini, pilihan raya ataupun demokrasi adalah satu wasilah, satu cara…

“Ia sebagai satu mengembangkan bidang Islam boleh…” ujarnya lagi dipetik Harapan Daily.

Namun beliau juga mengingatkan, sudah lebih 60 tahun PAS berjuang, namun tiada negara pun yang terbukti tertegak Islam semata-mata kerana parti dan demokrasi.

Beliau juga menyentuh perkembangan pentadbiran di Kelantan yang menurutnya jauh dari sebarang perubahan.

“Sampai hari ini kalau kita tengok Kelantan 20 tahun dah diperintah dengan PAS.

“Dia buat Islam tang mana? Tak ada apa perubahan pun.

Paling pedas dan menusuk, Tuan Guru Abdul Rahim turut menyelar sikap sesetengah pihak yang terlalu “sembang kemas” dalam berpolitik sehingga sanggup mengkafirkan dan melabel lawan politik.

“Dalam keadaan di Malaysia, demokrasi pada hari ini satu benda yang janganlah (sembang) kemas sangat.

“Jangan sampai kita (cakap) sokong PAS masuk syurga, ertinya korang pangkah parti lain masuk neraka semua.

“Itu ada ilmu tapi tak beramanah orang kata.

“Amanah tak ada dalam hati dia, sikit-sikit khianat kepada rakyat,” tempelaknya.

Sehubungan dengan itu, beliau menutup tegurannya dengan peringatan hadis berkenaan kepimpinan.

“Dalam hadis banyak sebut, Tuhan murka pemimpin yang membohong, tipu rakyat dia,” tegasnya lagi.

Kenyataan ini menyusuli laporan yang memetik Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai berkata, ungkapan ‘masuk PAS akan masuk syurga’ mungkin menjadi sindiran terhadap partinya.

Namun, beliau mendakwa, wajah perjuangan mereka berteraskan Islam dan selaras ajaran agama.

Malah katanya lagi, kalau seseorang mati kerana berjuang mempertahankan Islam, mereka dianggap mati syahid dan diberikan ganjaran pahala serta akan dimasukkan ke dalam syurga.

Nahh! Adakah ini yang kita panggil sebagai pemimpin Islam yang berbangsa Melayu?

Tidakkah dakwaan Takiyuddin Hassan sendiri hanyalah sebagai delusi?

Ini kerana, seorang pemimpin yang benar-benar memperjuangkan agama dan bangsa tidak akan menunggang agama hanya demi kepentingan sendiri semata.

Sungguh memalukan!

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=gZN8REmdUWI&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *