Kedudukan Dato’ Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan(AKPS) dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan nasihat perundangan sebelumsebarang keputusan berkaitan penamatan atau pemendekan tempoh perkhidmatannya diangkat untukperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan lanjut.
Rujukan kepada AGC perlu dibuat kerana penugasan Mohd Shuhaily di AKPS berdasarkan kontrak peminjaman kader daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Kita merujuk perkara ini kepada AGC sebab penugasan Dato’ Seri Mohd Shuhaily di AKPS untuk
tempoh selama dua tahun.
“Dia macam kontrak, jadi kontrak ini dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Jadi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang membabitkan tahan kerja dan sebagainya, tindakannya nanti kita bergantung kepada nasihat AGC.
“Tapi apa pun perlu diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan penamatan kontrak dan sebagainya,” katanya dipetik Harapan Madani.
Beliau ditemui selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Rabu.
Mohd Khalid turut berkata, pandangan AGC diperlukan bagi memastikan sebarang tindakan terhadapMohd Shuhaily mengambil kira terma kontrak yang ditandatangani pihak berkaitan serta keperluan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“(Kes) beliau diangkat kepada AGC untuk mendapatkan pandangan perundangan sebab beliau adakontrak yang ditandatangani antara pihak yang berkaitan selama lebih kurang dua tahun.
“Perkara ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan.
“Jadi bila kita bertindak atas sesuatu perkara, kita perlu dapat balik perkenan Yang di-Pertuan Agongsama ada tempoh perkhidmatan itu dipendekkan atau sebagainya,” ujarnya lagi.
Katanya, selepas proses perundangan di peringkat AGC dan urusan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dimuktamadkan, perkara itu akan dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan susulan.
“Bila selesai proses itu, dia akan dikembalikan kepada PDRM sebab Dato’ Seri Mohd Shuhaily iniadalah salah seorang pegawai polis yang masih lagi berkhidmat.
“Sekembalinya nanti, mungkin saya akan memberikan keterangan yang lebih lanjut mengenai perkara yang perlu dilaksanakan atau tindakan susulan, insya-Allah,” jelasnya.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=koa8yNLfu4g&ra=m
